apakah maksud 'gubahan kata' dan adakah 'singgahsana' dan 'mengenalpasti' perlu dijarakkan. | Menurut Kamus Dewan, gubahan merujuk kepada karangan (cerita dll),ciptaan lagu, atau cerpen. Gubahan kata merujuk kepada kata yang ditulis kebiasaannya penuh gramatis dan menarik. Singgahsana dieja satu perkataan manakala mengenal pasti pula dieja dua perkataan. | Lain-lain | 29.09.2007 |
-bersemayam | Saudara Shahiraiera, tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna bersemayam ialah i. duduk(di atas takhta, singgahsana) ii. tinggal | Lain-lain | 29.04.2010 |
Salam sejahtera, Kita difahamkan umumnya semua kata majmuk kini dieja sebagai gabungan perkataan yang berasingan kecuali untuk 30 kata majmuk sahaja seperti tanggungjawab, jawatankuasa, singgahsana dll. Bagaimanapun, tidak mudah untuk kami menjejaki 30 perkataan ini. Mohon bantuan pihak dewan untuk menyenaraikannya. Terima kasih, Liong | Perkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 134 dan 135. Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut: 1. antarabangsa 2. bumiputera 3. jawatankuasa 4. kakitangan 5. kerjasama 6. matahari 7. olahraga 8. setiausaha 9. sukarela 10. suruhanjaya 11. tandatangan 12. tanggungjawab 13. warganegara | Ejaan | 14.04.2012 |
adakah perkataan mendudukkan betul? | Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut : 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |