Kata: limpas Takrif: Br lalu di. Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat 1. Apakah contoh ayat bagi penggunaan kata 'limpas'? 2. Apakah maksud singkatan 'Br' dalam takrif limpas? 3. Apakah capaian url untuk mengetahui senarai dan perkataan penuh bagi singkatan-singkatan yang digunakan di dalam Kamus Online DBP? | Limpas ialah dialek Brunei (ditandai sebagai Br dalam Kamus Dewan) bermaksud lalu. Oleh itu, penggunaan perkataan limpas di tempat yang sesuai untuk menggantikan maksud lalu di seperti limpas di belakang kamu (lalu di belakang kamu). Untuk melihat maksud singkatan yang digunakan puan perlulah melihat di bawah ruangan Kependekan dalam Kamus Dewan, dan ruangan ini tidaklah boleh dicapai melalui ruang maya. | Makna | 14.12.2012 |
Wajarkah singkatan NGO digantikan dengan BBK atau OBK (Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan)? | Singkatan NGO telah diterima pakai dan difahami sebagai singkatan kepada Badan Bukan Kerajaan dan tidak perlu mengubahnya kepada singkatan yang lain. | Istilah | 05.03.2009 |
Singkatan bagi nama jenis tahun perlukah dijarakkan atau didekatkan? Contoh, 2015M/1436H atau 2015 M/1436 H? | Penggunaan jarak yang betul ialah 2015M/1436H | Lain-lain | 16.09.2015 |
Singkatan EDITOR ILLUSTRATOR PENTERJAMAHAN PENYUSUN PENGARANG PERSEMBAHAN TIADA TEMPAT PENERBIT TIADA TARIKH PENULIS PENERBIT | Editor - Ed. Illustrator - Ilust. Penterjemah - Pent. Penyusun - Peny. pengarang - Peng. Tiada Tempat penerbit - t.t.p. (cadangan) Tiada tarikh - t.t. (cadangan) | Penyemakan dan penterjemahan | 03.09.2013 |
singkatan yang betul bagi 'Yang Berbahagia' sama ada Y.Bhg. atau YBhg? | Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. | Ejaan | 06.03.2007 |
Bilakah singkatan "YBrs." digunakan? | Singkatan Yang Berusaha, YBrs. lazimnya digunakan bagi orang yang tidak bergelar tetapi penting dalam sesuatu acara seperti Tuan Pengetua dan Pengerusi Pertubuhan/Persatuan. | Lain-lain | 24.10.2012 |
1)singkatan untuk 'pagi' 2)singkatan untuk 'petang' | 1)pg. 2)ptg. | Ejaan | 29.11.2011 |
Bagaimana hendak tahu singkatan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan Radhiallahu'anhu , Rahimahullah dan Hafidzullah ? Contohnya , singkatan bagi Sallallahualaihisalam adalah SAW . | Singkatan bagi perkataan Radhiallahu'anhu ialah r.a , Manakala Rahimahullah dan Hafidzullah tiada singkatan dan dieja penuh. | Ejaan | 09.04.2020 |
Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016. | Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat. | Ejaan | 27.09.2016 |
Untuk singkatan tahun 1980, Yang mana satukah singkatan yang betul '80 atau 80' | Tiada singkatan '80 atau 80' yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tahun 1980. Harap maklum. | Tatabahasa | 08.04.2013 |