| single mono swing -arm | swing-arm= lengan ayun | Ejaan | 07.06.2011 |
| Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
| Apa single-player dan multiplayer dalam bahasa Melayu? | 1. single player bermaksud "pemain perseorangan" 2. multi player bermaksud "pemain campuran" | Lain-lain | 17.09.2014 |
| Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut: Pengelasan Virus Baltimore: - Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
- Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
- Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
- Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
- Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik
Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian. | Istilah | 04.04.2020 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan untuk 'single origin coffee' yang merujuk kepada biji kopi yang berasal dari sesebuah negara sahaja. Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan terjemahan "Single origin coffee" dalam bahasa Melayu sebagai "kopi negara tunggal asli". | Makna | 15.11.2020 |
| Apakah istilah Ekonomi Kejuruteraan "Sinking fund factors", "Capital Recovery" dan "Single Payment" dalam Bahasa Malaysia? | Sinking fund factors - faktor dana terikat capital recovery - pemulihan modal single payment - bayaran tunggal | Istilah | 04.05.2014 |
| Saya ingin tahu perkataan bahasa melayu yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah: 1) single flush toilet system 2) faucet aerators 3) front load features Terima kasih | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1) single flush toilet system: sistem pam tandas tunggal 2) faucet aerators: pili pengudara 3) front load features: ciri-ciri muatan depan Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 30.08.2021 |
| Pohon pandangan perkataan Pemilikan Tunggal dialihbaasa kepada English menjadi "single Owner". adakah sesuai ? | Untuk makluman istilah pemilikan tunggal tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan istilah bahasa Inggeris untuk pemilikan ialah ownership. Oleh itu, istilah bahasa Inggeris yang dicadangkan untuk pemilikan tunggal ialah single ownership. | Istilah | 23.05.2011 |
| Apakah terjemahan yang betul bagi ayat berikut: Quoted words, phrases, and sentences run into the text are enclosed in double quotation marks. (Note that in the fields of linguistics and philosophy single marks are used in certain contexts to enclose individual words or letters; ) Single quotation marks enclose quotations within quotations; double marks, quotations within these; and so on: "Don't be absurd!" said Henry. "To say that 'I mean what I say' is the same as 'I say what I mean' is to be as confused as Alice at the Mad Hatter's tea party. You remember what the Hatter said to her: 'Not the same thing a bit! Why you might just as well say that "I see what I eat" is the same thing as "I eat what I see" ! ' " British practice i often, though not always, the reverse: single marks are used first, then double, and so on. | Untuk makluman, pertanyaan puan di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa sedia membantu pengguna menangani masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, istilah, laras bahasa dan tatabahasa. | Lain-lain | 12.03.2012 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah 2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal 3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan 4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik 5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam 6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang 7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai | Istilah | 01.03.2016 |