Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.sing] | سيڠسيڠ

Definisi : ; menyingsing 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul; tersingsing 1. sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dll); 2. terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dll); 3. tersisih (awan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.sing] | سيڠسيڠ

Definisi : ; menyingsing 1 menarik ke atas atau menggulung supaya pendek (ttg lengan baju dll). 2 hilang atau lenyap dr pandangan; menghilang; me­nyisih: Kabus pun mula ~. 3 mula terbit atau muncul: fajar ~ fajar mula terbit. tersingsing tertarik ke atas atau tergulung pendek (bkn lengan baju dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singsing
Kata Terbitan : menyingsingkan, tersingsing,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011

Kembali ke atas