Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ni] | سيني

Definisi : 1. = di sini di tempat ini: Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; 2. bp saya, aku: ~ tidak setuju dgn cadangan itu; ke sini ke mari: ia berlari ke sana dan ~; dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ni] | سيني

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Jadi bapa kuda.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Eh, Kishan kamu di sini! Eh, Kishan! Kamu di sini. Eh, Kishan, kamu di sini! Penggunaan tanda baca yang mana satu baru betul. Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, tanda baca yang betul ialah Eh, Kishan kamu di sini!Lain-lain21.09.2021
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
SINI. PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna.

Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan.

Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain16.01.2026
Sini nak rujuk lagi sekali bagi makna perkataan 'mengamatkan' bagi ayat di bawah. Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak terkenal itu mengamatkan suasana di stadium itu. Adakah perkataan 'mengamatkan' dalam ayat di atas bermaksud meneliti? Atau memperhebatkan suasana? Harapkan penterjemahan perkataan itu dalam ayat itu.Terima kasih.Perkataan "mengamatkan" tidak tepat dalam konteks tersebut. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "menggamatkan" yang bermaksud menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan, pekik sorak. Contoh ayat dengan penggunaan perkataan yang betul ialah Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak itu menggamatkan suasana di stadium itu.Lain-lain29.01.2021
Sini Laken ISN 6.17 PTG Salam Admin, bagaimana saya nak ketahui 140 istilah baharu BI-BM dari DBP... ada link web/portalBelum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai kerjasama tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih.Lain-lain21.08.2017
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Apakah terjemahan yang betul untuk 'Click here', klik di sini atau klik siniKedua-duanya boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
1. Saya dibawa ke sini. 2. Saya dibawa di sini. Ayah yang mana betul?Ayat yang betul ialah Saya dibawa ke sini.Tatabahasa05.11.2017
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Jangan tunggang basikal di sini. Tunggang atau menunggang.

Ayat yang betul ialah “Jangan tunggang basikal di sini!” atau “Dilarang menunggang basikal di sini.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 450.

Tatabahasa11.01.2025
12345678910...

Kembali ke atas