dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai. | Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam. | Lain-lain | 07.08.2007 |
Isitilah Bahasa Malaysia yang sesuai untuk 'bib tap' dan 'sink tap' | Padanan untuk bib tap dan sink tap ialah pili bebibir dan pili sinki. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Asalamualaikum Apakah istilah dalam bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan-perkataan berikut: 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin 3. free standing (pada perabot) 3. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 4. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 5. open wash stand 6. side mounted 7. top-mounted 8. wall-mounted (lekap dinding) 9. under mounted 10. washbasin mounted 11. surface mounted 12. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 13. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 16. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 17. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasih | Waalaikumussalam... Mohon berikan perkataaan yang hendak diterjemahkan bersama-sama contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan. Sekian terima kasih | Makna | 27.08.2020 |
Asalamualaikum Saya ingin dapatkan terjemahan bagi perkataan-perkataan di bawah. Ia dalam konteks produk kelengkapan rumah dan perabot. 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin) 3. free standing (pada perabot) 4. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 6. open wash stand 7. side mounted 8. top-mounted 9. wall-mounted (lekap dinding) 10. under mounted 11. washbasin mounted 12. surface mounted 13. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 14. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 1 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 1. floor standing (attached to the wall) - Barangan boleh berdiri 2. floor standing (under washbasin) - Sinki boleh berdiri 3. free standing (pada perabot) - Perabot boleh berdiri 4. wash stand - Penyokong Sinki 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) - Penyokong Barang atau Penyokong Perabot 6. open wash stand - Penyokong Sinki Terbuka 7. side mounted - Sisi Bingkai 8. top-mounted - Permukaan Bingkai 9. wall-mounted (lekap dinding) - Perabot lekap 10. under mounted - Bawah Dinding 11. washbasin mounted - Sinki lekap 12. surface mounted - barangan siling 13. self-cleaning - Penyucian Sendiri 14. table stand - Penyokong Meja 14. over-the-door - Sila berikan contoh dalam ayat 15. manual clean - Penyucian Secara Manual 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) - Permaidani Tenunan Tangan 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Simpul Tangan 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Tuf Tangan Terima kasih | Makna | 01.09.2020 |
Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih. | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.12.2017 |
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya ejaan yang betul untuk padanan bagi perkataan "sink". Singki atau sinki? Dalam khidmat nasihat PRPM, ada kedua-dua penggunaan kata tersebut. Jadi, ejaan mana yang diguna pakai? Terima kasih. | Ejaan yang tepat ialah singki. | Ejaan | 02.11.2021 |
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih. | Maksud terjemahan di bawah ialah: 1. Listing - senarai 2. Listed price - harga daftar 3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau 4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi 5. Fixer upper - Pengubahsuai 6. Self-levelling - Aras Sendiri 7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut | Makna | 07.03.2017 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |