Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-­celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah di dalam kamus dewan edisi keempat ,perkataan ' Siaratul' dan 'mustakim' dieja dekat?.. manakah yang betul ejaan 'siratul' dan 'mustakim'? adakah dipisahkan atau didekatkan? kerana khidmat pihak tuan menjawab soalan saya dan memberikan perkata 'siratul' dan 'mustakim' dieja pisah..sangat berbeza dengan kamus dewan.. arap tuan dapat selesaikannya.Ejaan yang betul ialah siratulmustakim, iaitu frasa daripada bahasa Arab yang bermaksud jalan yang lurus. Walau bagaimanpun dalam bentuk patah perkataan ejaan sirat dan mustakim juga betul, sirat bermaksud jalan atau titian, manakala mustakim bermaksud lurus.Ejaan28.03.2012

Kembali ke atas