1) Adakah pengisian Kursus tatabahasa Siri II & Siri I sama? 2) Bagaimana boleh saya mendaftar? | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 11.03.2015 |
Mohon Tuan menterjemah dan mencadangkan tajuk ini ke bahasa Malaysia: "EMINENT SPEAKER SERIES" terima kasih | Istilah yang boleh dicadangkan ialah "Siri Syarahan Perdana", "Siri Syarahan Tokoh", atau "Siri Syarahan Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2015 |
Assalamualaikum/ selamat sejahtera Mohon pencerahan daripada pihak tuan/ puan berkenaan penggunaan kata SIRI dalam konteks judul buku? Adakah kata SIRI boleh menggantikan penggunaan VOLUME? Contoh: Kisah Hidup Saya (siri 1) dan Kisah Hidup Saya (siri 2) Terima kasih atas perhatian daripada pihak tuan/ puan. | Perkataan "volume" boleh diterjemahkan kepada siri dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.11.2019 |
apakah yang dimaksudkan dengan "nadir bumi" | Nadir Bumi ialah siri Lantanid iaitu siri lima belas unsur logam nadir yang bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium.
Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nadir+bumi...
| Tatabahasa | 12.01.2013 |
Mohon pertanyaan berkenaan istilah "back series" dalam konteks ekonomi diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia bermaksud apa? Adakah "siri masa kebelakang" atau "siri masa terdahulu". sekian, terima kasih cth : Pada tahun 2025, En. Ali dimohon untuk menyelesaikan "back series" data ekonomi bermula 2024 sehingga 2020. | Cadangan padanan bagi istilah back series dalam bahasa Melayu ialah siri terdahulu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.03.2025 |
Salam, Saya telah terjumpa satu rangkai kata yang agak janggal: "Siri Buku XXX" adakah ia salah dan wajar ditukar kepada: "Buku bersiri XXX". Adakah "buku bersiri" dan "siri buku" sesuatu yang berbeza? Terima kasih. | Siri dan bersiri mempunyai maksud yang sama, iaitu rangkaian sesuatu yang sama (seperti cerita, buku, peristiwa, dan lain-lain) yang dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dan lain-lain) berturut-turut. Contohnya: siri buku cerita kanak-kanak, drama bersiri, terbitan bersiri. Oleh itu, kedua-dua "Siri Buku" dan "Buku Bersiri" boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Makna | 14.05.2012 |
Salam Sejahtera, Adakah penggunaan ayat "TAYAR SIRI PROXES UNTUK PRESTASI TINGGI" boleh distruktur semula menjadi "TAYAR PROXES SIRI UNTUK PRESTASI TINGGI". | Pembetulan yang dicadangkan ialah SIRI TAYAR PROXES BERPRESTASI TINGGI | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2016 |
Kalau nama siri buku, perlukah diitalikkan dan menggunakan huruf besar? Contoh: Siri Bintang Kecil : Idola Rakan | Berdasarkan gaya penerbitan DBP, huruf pertama nama judul buku menggunakan huruf besar dan dicetak dengan huruf condong. (Siri Bintang Kecil: Idola Rakan) | Ejaan | 11.10.2011 |
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaran | Nombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas. | Makna | 18.05.2011 |
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam? | Saudara, Jawapan kepada soalan ini telah pun dihantar kepada saudara. Sila rujuk jawapan tersebut. | Lain-lain | 12.02.2010 |