| Salam. Saya seorang guru dari Sekolah Rendah Beacon di Singapura. Saya telah menggunakan 4 tajuk daripada Siri Sastera Melayu Kanak-kanak iaitu 1) Bercuti Bersama Nenek 2) Sepandai-pandai tupai melompat 3) Kanak-kanak Kampunhg Bahagia untuk program apresiasi sastera untuk murid-murid darjah 3 dan 4. Sekolah kami telah menjalankan program ini selama lima tahun . Setiap murid membeli buku-buku ini. Namun, tahun ini kami dapati kesemua tajuk tidak akan dicetakkan lagi. Kami berdukacita dengan kedudukan ini kerana kurikulum telah pun ditentukan untuk murid-murid kami dan nampaknya program berdasarkan buku-buku ini sangat memuaskan. Kami tidak mahu memadamkan program ini dan pasti memerlukan masa untuk mengubah program berdasarkan buku-buku lain. Jadi, adakah pihak Dewan Bahasa akan hentikan cetakan buku-buku ini? Bolehkah, pihak sekolah mencetak buku-buku ini sendiri untuk digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan pembelaran hanya di sekolah? Sila hubungi saya secepat mungkin. Yang benar, Wan Alfida Suleiman Ketua Subjek, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Beacon Singapura. | Waalaikumsalam, Untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara ini, mohon tuan hubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah di talian 03-21479550. | Lain-lain | 29.10.2014 |
| Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh. | Alamat : 485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu. Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 | Lain-lain | 17.03.2008 |
| Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk : 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 Tahun 60-an | Lain-lain | 11.06.2015 |
| SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ? | Waalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya: 1. Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang. 2. Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang. 3. Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 23.07.2009 |
| Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih | 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? Perlu satu ruang (space). Contohnya, Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx 2. Selepas buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak? Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata “Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk: 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. Perlu satu ruang (space). Contohnya, “Permata Zamrud Ibu” oleh Noor Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu | Lain-lain | 10.06.2017 |