Adakah sekapur sirih boleh diterima sebagai penjodoh bilangan? | Sekapur sirih bukan penjodoh bilangan, sebaliknya kata majmuk yang lazimnya digunakan sebagai tajuk kata alu-aluan dalam buku cenderamata. Lihat sirih">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekapur+sirih untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2015 |
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat ini | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu. Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna. | Sastera | 17.11.2013 |
1.tempat sirih yg diperbuat drp emas atau perak,dipanggil apa? 2.apa peristiwa yang membawa kpd penubuhan DBP? 3.MAKSUD LAIN MENURUT GAYA. | Tempat sirih yang diperbuat daripada kayu atau logam ialah tepak sireh. Harap maklum. Soalan lain tidak berkenaan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Bagaimanapun, saudara/ saudari dicadangkan untuk melayari laman DBP atau mengunjingi perpustakaan yang berdekatan untuk mengetahui sejarah penubuhan DBP. Harap maklum. | Makna | 18.07.2008 |
Pihak jabatan saya ingin mengeluarkan sebuah buku. saya ingin bertanyakan apakah yang sepatutnya ditulis di dalam sekapur sirih sesebuah buku | Sekapur sirih merupakan kata alu-aluan daripada tokoh atau ketua jabatan. Dalam penulisan buku untuk jabatan kata-kata aluan ini mungkin menceritakan tentang tujuan penulisan buku, mengapa buku ini ditulis dan harapan daripada ketua jabatan, juga boleh merakamkan ucap tahniah atas kejayaan penulisan buku tersebut. | Lain-lain | 21.01.2011 |
Apakah maksud peribahasa bagai sirih pulang ke gagang? Saya mohon tuan jelaskan mengikut penggunaannya yang sesuai dlm konteks ayat. Adakah peribahasa ini boleh digunakan untuk menggambarkan seseorang yg pulang ke kampung halamannya setelah pergi ke sesuatu tempat selama dua hari? Terima kasih.. | Peribahasa Sirih pulang ke gagang bermaksud kembali ke tempatnya. Ini bermakna penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks, bukannya sesuai pada semua tempat. | Lain-lain | 31.08.2016 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |
ejaan utk: a. cendekiawan b. sireh | cendekiawan dan sirih | Ejaan | 02.10.2011 |
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah | Sila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
| Tatabahasa | 09.11.2013 |
Tuan, soalan saya, Dalam adat _________ masyarakat Melayu, pihak pengantin lelaki akan membawa sirih junjung. a. peminangan b. meminang c. pinangan | Saudara Anirama, Perkataan yang betul ialah peminangan. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir? | Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara. | Lain-lain | 25.01.2008 |