Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (Institut Pia­waian dan Penyelidikan Perindustrian Ma­laysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, adakah sesuai perkataan "pemain-pemain" dalam ayat " SIRIM Berhad telah menubuhkan satu jabatan bagi membantu pemain-pemain dalam industri dari segi khidmat nasihat..."?Perkataan pemain tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut kerana belum ada peluasan makna pemain selain orang yang bermain dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami perkataan pemain ditukarkan kepada penggiat.Istilah30.07.2012
Apakah maksud kata adjektif hauk dalam ayat "
Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran
"?
Ayat dan perkataan ini digunakan oleh Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen dan menantu Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 7 April 2022 dalam satu Siaran di Instagram. Adakah hauk ini dianggap sebagai slanga?
Untuk makluman tidak terdapat perkataan "hauk" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. Cadangan penggunaan bahasa yang betul untuk menggantikan perkataan "hauk" ialah "tidak berkualiti".
 
Lain-lain09.04.2022

Kembali ke atas