| Apakah padanan bagi "lobe-finned fish" dan "ray-finned fish" dlm bahasa Melayu? Ikan sirip cuping dan ikan sirip ruji? | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies ikan belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan untuk mengemukakan pertanyaan berkaitan spesies ikan kepada agensi yang berkaitan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2025 |
| Apa terjemahan 'fins', iaitu alat bantuan berenang yang dipakai di kaki? | Terjemahan bagi "fins" ialah sirip | Makna | 06.08.2022 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk "finless", tansirip? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah finless ialah tanpa sirip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.06.2025 |
| Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar? | Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan. | Tatabahasa | 22.07.2011 |