Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di ping­gangnya; ~ keris a) memakai keris dgn me­nyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasuk­kan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisip­kannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu di­sisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) me­masukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata­kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: pro­ses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ; ~ kaca kepingan kaca yg kecil dan tipis tempat meletakkan sesuatu yg hendak dilihat di bawah mikroskop. menyisip 1 ada di celah dua benda; menyelit: Sekeping gambar ~ di dlm bukunya. 2 mengganti sesuatu yg la­ma dgn yg baru (atap, papan dsb). 3 mengganti tanaman yg mati dgn yg segar. 4 masuk di celah-celah. menyisipkan 1 memasukkan atau meletakkan se­suatu di celah-celah dua benda; menyelitkan: Dia ~ kerisnya ke pinggang. 2 menggunakan sesuatu utk mengganti yg lama: ~ papan di lantai. tersisip 1 sudah disisipkan; terselit: Sebilah keris ~ di pinggangnya. 2 termuat atau terkandung dlm sesuatu. sisipan imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisip
Kata Terbitan : menyisipi, menyisipkan, tersisip,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "sisip"Sisip bermaksud terletak di celah-celah ataupun terselit.Makna10.01.2013
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5.1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit".
2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit.
3. Kakak memiliki dua buah kereta.
4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394.
Tatabahasa15.04.2014

Kembali ke atas