Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan? | Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar 2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh | Tatabahasa | 14.08.2013 |
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih. | Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. | Tatabahasa | 03.09.2008 |
Apakah imbuhan sisipan yang terdapat dalam perkataan kesinambungan. | Imbuhan sisipan yang terdapat dalam perkataan kesinambungan ialah sisipan -in- , iaitu sambung = sinambung. | Istilah | 09.02.2009 |
Mengapa Sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian dihentikan ? Saya rasa sisipan tersebut perlu diteruskan. | Klik DBP tidak lagi diterbitkan dalam Berita Harian dan sebagai gantinya DBP akan menerbitkan Klik dalam laman web DBP. | Lain-lain | 19.12.2009 |
saya ingin bertanya: 1.bagaimana pembentukan kata kerja sisipan berlaku,adakah dibina daripada kata dasar contoh:semerbak apakah kata dasarnya dan mengapa bila disisipkan menjadi bersemerbak,apakah huruf yang disisipkan.minta penjelasan 2.Boleh pihak tuan memberikan tip penting untuk membina karangan | Sisipan wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh yang saudara beri -semerbak merupakan bentuk sisipan kata adjektif. kata asalnya serbak - sisipan em di situ menjadi - semerbak. Untuk membina karangan paling penting saudara perlua mengetahui format dan menguasai tajuk yang bakal ditulis. sila rujuk buku-buku yang berkaitan dengan penulisan karangan untuk maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 24.07.2008 |
salam... sisipan pada perkataan ''kerabat'' akan menjadi ''kabat'',betol atau tidak??apa pula makna ''kabat'' jika ia betol? | Tidak ada maklumat tentang kata "kabat" dalam pangkalan data kami. Contoh sisipan "er" yang betul ialah kuping - keruping, gigi - gerigi dan suling - seruling. | Tatabahasa | 02.08.2011 |
saya sedang mencari perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan. Bolehkah pihak tuan menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut sekian terima kasih. | Antara contoh perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan seperti 1. tapak - telapak, 2. kupas - kelupas, 3. kemumur - kelemumur. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 45, 71, 72, 131, 132, 217, 599, 602. | Lain-lain | 18.10.2010 |
bagaimana untuk mengetahui bahawa sesuatu perkataan itu berimbuhan sisipan. Seperti perkataan geroda tidak mungkin ia daripada perkataan goda atau berudu tidak mungkin dari perkataan budu. Adakah kemuncak imbuhan sisipan dari kata dasarnya puncak? Sekian terima kasih. | Saudara, Untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu berimbuhan atau tidak, saudara hendaklah menggunakan kamus. Kamus hanya menyenaraikan kata tunggal atau kata dasar sesuatu perkataan. | Lain-lain | 21.10.2010 |
1) BOLEHKAH KATA SISIPAN BERADA SELEPAS KATA KERJA? 2) BOLEHKAH KATA MAJMUK DIRAPATKAN APABILA MENERIMA IMBUHAN APITAN? 3) BERIKAN CARA UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN MEMPER- DAN MEMPER-KAN DENGAN BETUL | 1. Proses sisipan boleh berlaku dalam kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif, kata nama atau kata kerja (bukan selepas kata kerja). 2. Kata majmuk boleh dirapatkan apabila menerima apitan atau imbuhan di awal dan akhir perkataan tersebut, contohnya: urus niaga - mengurusniagakan. 3. Dalam bahasa Melayu awalan memper- ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177-180. Manakala apitan memper-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-kan ini bersifat transitif, iaitu memerlukan objek untuk melengkapkan maksud/ayatnya. untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 208-211. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
adakah perkataan pelbagai,peringkat dan pertama dikategorikan sebagai imbuhan sisipan el dan er? saya ingin menyiapkan tugasan mengenai morfologi.t kasih. | Perkataan pelbagai, peringkat dan pertama tidak dikategorikan sebagai sisipan el dan er. Contoh yang betul ialah telapak, seruling dan gemerlap. | Tatabahasa | 07.11.2010 |