perkataan yang digunakan sebelum penggunaan sistem metrik dan istilah serta takrifan bagi sistem yang digunakan sebelum | Sistem yang digunakan sebelum sistem metrik ialah sistem ukuran imperial seperti inci, kaki, ela dan sebagainya. | Lain-lain | 15.03.2010 |
SISTEM PERLESENAN BERSEPADU atau SISTEM PELESENAN BERSEPADU mana yang betul untuk dijadikan tajuk system? | Nama sistem yang betul ialah SISTEM PELESENAN BERSEPADU. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem amaran? Terima kasih. | Dalam data kami, tiada makna khusus bagi sistem amaran. Walau bagaimanapun, kami berpandangan sistem amaran merupakan satu sistem yang dibina untuk memberi peringatan awal tentang sesuatu kejadian atau perkara. Sistem ini akan membantu pengguna lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku. | Makna | 23.12.2013 |
saya ingin bertanya mengenai sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu terkini yang digunakan di sekolah-sekolah iaitu sistem tulisan yang paling terkini. dan bolehkan saya dapat maklumat serba sedikit mengenai sistem ejaan tersebut. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.05.2018 |
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih. | i. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara. Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat. ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
Salam sejahtera, Adakah "sistem slimming" sesuai diterjemahkan kepada "pengurangan sistem" atau "pelangsingan sistem"? Digunakan dalam perisian(Teknologi maklumat) Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi slimming system ialah pengurangan sistem yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar rumi-jawi versi beta. Sekarang saya sedang menjalankan kajian mengenai mesin transliterasi dan text mining engine yg akan membantu pengkaji manuskrip untuk melakukan content analysis. Jadi saya berminat untuk membina integrasi diantara sistem DBP dan sistem kami melalui API dimana sistem kami menghantar perkataan ke daftar rumi-jawi sistem dan sistem dbp akan respon dengan maklumat yang berkenaan. Saya ingin tahu sekiranya DBP menyediakan perkhidmatan ini? Sekian. Terima Kasih. | Untuk tujuan kajian, kami mencadangkan puan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Khidmat Nasihat Bahasa merupakan pengguna sistem beta yang dibangunkan dan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem dan perisian tersebut perlulah merujuk pihak yang berwenang. | Lain-lain | 22.03.2018 |
DEFINASI "SISTEM PENYAMPAIAN" | Sistem penyampaian ialah prosedur urusan perkhidmatan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan kepada masyarakat supaya lebih berkesan dan cepat. Sila rujuk pekeliling Jabatan Perdana Menteri - UPTM 159/476/3 bertarikh 16 Februari 2005 yang bertajuk "Usaha Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Penurunan dan Perwakilan Kuasa". Rujuk MAMPU untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 22.12.2006 |
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem kawalan jauh? Terima kasih. | Sistem kawalan jauh merupakan satu sistem atau peraturan yang dikawal dari jarak jauh. Sistem ini digunakan bagi memudahkan pengawalan yang mengandungi atau menggunakan kecanggihan teknologi. | Makna | 23.12.2013 |
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |