Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah antara ayat yang berikut betul dan apakah alasannya? 1. Soalan berkaitan sistem bahasa... 2. Soalan berkaitan dengan sistem bahasa...Yang betul ialah Soalan berkaitan dengan sistem bahasa.Tatabahasa15.09.2009
Salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat tugasan analisis sistem bahasa di dalam surat Sultan Abu Hayat Ternate kepada Raja Portuga 1522M. Saya ingin dapatkan rujukan yang bersesuaian untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Harap dapat membantu. Sekian, terima kasihSistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Terdapat banyak rujukan berkaitan sistem bahasa antaranya  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Pedoman Umum Ejaan Rumi bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Edisi Kedua, terbitan DBP.Lain-lain04.09.2014
SYA HENDAK TAHU ...ADAKAH 'SISTEM BAHASA' DALAM LAMAN WEB INI????Sistem Bahasa yang saudara maksudkan itu ada di laman web ini iaitu carian kamus atau peribahasa, carian istilah, carian bahasa sukuan, carian dan carian ensiklopedia.Lain-lain23.07.2007
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
Tuan, 'penjodoh bilangan' harus dibincangkan di bawah sistem bahasa yang mana satu ? Terima kasihPenjodoh bilangan boleh dibincangkan dalam tajuk kata dan bukan dalam ayat apabila membincangkan pembentukan kata dan bukannya pembinaan ayat.Lain-lain20.04.2009
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa20.09.2006
Saya ingin bertanya tentang: a) Adakah wujud perkataan 'berkelebaran' di dalam sistem Bahasa Melayu yang diguna pakai hari ini? b) Adakah perkataan ini dieja rapat @ sebaliknya = gunatanah/ hakmilik/ susunatur (pelan) Sekian, terima kasih.a. Perkataan "berkelebaran" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan. Contoh lain seperti berketinggian dan berkeluasan.
b. Ejaan yang betul ialah guna tanah, hak milik dan susun atur
Ejaan17.03.2016
Selamat petang, tuan. Bagaimanakah kita dapat menentukan sesuatu perkataan itu ialah kata kerja transitif ataupun kata kerja transitif jika diuji dalam sistem bahasa, iaitu soalan 8-14 dalam kertas 1 PMR? Sekian, terima kasih!Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh: 1. Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.
            2. Kami membaiki kereta kesayangan ayah.

Kata kerja aktif tak transitif  ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu tanpa pelengkap dan berpelengkap.

Contoh: 1. Semua orang pulang. (tanpa pelengkap)
            2. Padi sedang menguning. (tanpa pelengkap)

            3. Keadaan bapanya beransur baik. (berpelengkap)
Tatabahasa12.07.2013
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog.

2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
Tatabahasa16.03.2018
bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang sistem bahasa melalui imternet.Puan boleh layari laman web www.dbp.gov.my atau gunakan enjin carian seperti google, yahoo, msn, dsb. dan taipkan kata kunci (contoh: Adverba dalam bahasa Melayu) dan alamat laman-laman web yang berkenaan akan terpapar di skrin dan puan boleh klik sahaja di capaian yang bersesuaian.Lain-lain27.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas