Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan untuk memastikan penterjemahan di bawah adalah betul mengikut tatabahasa Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan.
Mengikut Istilah MABBIM, Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan.
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2014
Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah sesuatu ayat itu betul sekiranya tidak diakhiri dengan titik nokta (without a fulll stop)? Terima Kasih Dr.Mogan Mobile: 0122980421 Office: 0378756666

En. Mogan

   Dalam penulisan teks, kita perlu menggunakan tanda baca seperti tanda noktah, tanda eplisis, tanda koma dan sebagainya. Tanda baca digunakan untuk membantu pembaca memahami sebarang bentuk penulisan.  Begitu juga penggunaan tanda noktah dalam pembentukan ayat yang mempunyai beberapa fungsi:

  (a) Pada akhir setiap ayat lengkap. Misalnya; Dia ialah ketua saya.

  (b) Penamat ayat perintah/suruhan. Misalnya; Jangan buang sampah di sini.

  (c) Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik, yang tidak memerlukan jawapan.

      Misalnya; Mengapakah kita  tidak meneruskan perbincangan ini?

Ringkasnya, setiap ayat mestilah diletakkan tanda noktah, kecuali ayat  yang berbentuk frasa atau slogan.

Tatabahasa19.05.2009
saya tak bole daftar..tak tahu apa masalahBagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2017
Assalamualaikum saya ingin membuat pertanyaan mengenai email log mauk saya yang belom mendapat pengaktifan.Sila hubungi pegawai sistem maklumat kami melalui talian 03-21479373.Lain-lain11.09.2015
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar?Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.06.2009
Aedi Asri May 21st, 12:44pm Salam. Nak tanya sket, kenapa laman prpm dbp sloowww sangat?Aduan tuan kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan yang seterusnya. Semoga kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi dengan kadar yang segera.Lain-lain21.05.2015
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun.Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat.  Terima kasih.Lain-lain28.12.2008
Saya sudah tidak terima pemberitahuan melalui e-mel jika soalan Khidmat Nasihat telah dijawab. Mengapa? Tolong baiki.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain20.04.2019
Penggunaan kamus dewasn atas talian tidak berfungsi seperti biasa kerana tidak keluar definisi perkataan yang dicari.Perkara tersebut telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP, dan kami juga berharap masalah teknikal ini dapat diatasai dengan segera.Lain-lain02.05.2017
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARANAduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer.Lain-lain22.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas