Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja Tuan,bolehkah memberikan bantuan dalam soalan ini? | Untuk makluman tuan/puan ayat "Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja"ini tidak boleh dicerakinkan kerana apabila dicerakinkan tidak membentuk ayat tunggal yang lengkap (subjek + predikat). Cadangan: Siswazah itu berpandangan jauh dan tidak mengharapkan kerja makan gaji. Ayat 1: Siswazah itu berpandangan jauh. Ayat 2: Siswazah itu tidak mengharapkan kerja makan gaji. | Lain-lain | 11.01.2021 |
cerakinkan ayat di bawah menjadi dua ayat; 1. Siswazah yang berpandangan jauh tidak memerlukan gaji yang tinggi. | Sdr. Sol-Sweety, ayat ini boleh dicerakin seperti ini, 1. Siswazah yang berpandangan jauh. 2. Siswazah tidak memerlukan gaji yang tinggi. sekian terima kasih | Lain-lain | 21.04.2008 |
Saudara/Saudari mohon semak penggunaan ayat seperti surat dibawah: Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Prof Madya Dr, PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr adalah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014. 3. Semoga dengan pelantikan ini Prof Madya Dr dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang. 4. Diharapkan Prof Madya Dr dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya. Sekian, terima kasih. | 1. Prof Madya Dr. Siti Halijjah Shariff, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor. Prof. Madya Dr., PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014. 3. Semoga dengan pelantikan ini Prof. Madya Dr. dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang. 4. Diharapkan Prof. Madya Dr. dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
"Hi dbp. saye keliru baharu atau baru? konteks ayat mana yang boleh digunakan untuk siswazah baharu atau baru? baharu dilantik atau baru lantik? dsbnya." | Baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Kata baru lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 03.01.2014 |
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman | 1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan. 2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan. 3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara. | Istilah | 03.03.2009 |
bolehkah ejaan pasca-siswazah , dieja pascasiswazah (dsambungkan terus) | Ejaan yang betul ialah pascasiswazah. | Ejaan | 05.02.2014 |
saya bercadang utk menganjurkan majlis rasmi pada hari kursus kami menerima skrol ijazah sarjana muda pada bulan ogos ini. nama majlis yang dicadangkan ialah Majlis Graduan Fizik Kesihatan. apakah perbezaan penggunaan istilah siswazah dan juga graduan? terima kasih atas perhatian. | Graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. siswazah ialah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dll., orang lulusan universiti. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 483,1508. | Makna | 30.04.2008 |
Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat? | Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat. | Istilah | 27.02.2012 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Rita Ridzuan, pelajar siswazah dari USIM, ingin bertanya mengenai manuskrip melayu yang dibawah seliaan pihak DBP. Mengikut carian saya di mymanuskrip, Kitab Ilmu Perubatan MS 33 oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Panjang di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah digital dan diletak di mymanuskrip. Pertanyaan saya, 1. Adakah manuskrip ini terdapat dalam bentuk fizikal dan boleh diakses untuk pengkaji membuat kajian? 2. Selain di laman sesawang mymanuskrip, di mana lagi saya boleh akses Kitab Ilmu Perubatan MS 33 ini? Disebabkan bila saya nak akses lagi sekali di laman mymanuskrip, tak dapat. 3. Saya ingin kepastian, adakah manuskrip MS 33 ini merupakan salinan tunggal yang ada di DBP? 4. Ada tak nombor atau email staff DBP yang selia bahagian manuskrip melayu yang boleh saya hubungi terus jika ada persoalan. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Maklumat Pegawai berkaitan Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pegawai DBP yang menguruskan manuskrip DBP: Nama: Encik Mohd Hapizan bin Abdullah, Bahagian: Pusat Dokumentasi Melayu, Telefon: 03-2147 9662 E-mel: mohdhapizan@dbp.gov.my Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 30.08.2021 |
semak ejaan 'siswazahtani' dijauhkan @tidak? | Ejaan yang betul ialah siswazah tani. | Ejaan | 16.03.2009 |