Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
siswi
siswi
[sis.wi] |
سيسوي
Definisi :
siswa perempuan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sis.wi] |
سيسوي
Definisi :
penuntut atau pelajar perempuan di pusat pengajian tinggi (universiti).
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
siswi
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(5)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Khidmat Nasihat
(3)
Artikel Akhbar
(3)
Artikel Majalah
(1)
Buku
(7)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya mempunyai beberapa persoalan yang saya harap boleh dijawab oleh pihak DBP: 1) Apakah perbezaan antara siswa/
siswi
dan mahasiswa dan mahasiswi? Jikalau kedua - duanya mempunyai makna yang sama, bolehkah saya guna istilah - istilah tersebut secara bertukar ganti? 2) Mengapakah "South China Sea" diterjemahkan sebagai "Laut *China* Selatan" dan bukannya "Laut *Cina* Selatan"? Sama juga dengan istilah - istilah lain seperti Tembok Besar China dan Tanah Besar China. Memandangkan kita mengguna cara ejaan China, apakah cara sebutannya? "Cai-na" seperti yang disebut penutur bahasa Inggeris atau "Ci-na" seperti yang disebut orang tempatan? Terima kasih didahulukan.
1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, siswa bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi.
Siswi
pula bermaksud siswa perempuan.
2. Ejaan yang betul ialah Laut China Selatan, Tembok Besar Cina dan Tanah Besar China. Ejaan "China" dikekalkan kerana "China" ialah nama khas negara. Sebutan yang betul ialah "Ci-na".
Makna
14.07.2016
assalamualaikum... adakah pihak dewan bahasa dan pustaka membuka peluang untuk siswa/
siswi
untuk menjalankan latihan industri?
Kami mencadangkan puan berhubung terus dengan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479625/9627/9628 untuk bertanyakan hal berkenaan.
Lain-lain
21.02.2015
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau
siswi
akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya anda
Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519.
Tatabahasa
07.04.2013
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...