Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (usu pass.) terletak: the house was ~d in such a way that the front part faces the morning sun, rumah itu terletak dlm kedudukan sebegitu supaya bahagian hadapannya menghadap matahari pagi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. location, tempat: it would be a perfect ~ for a picnic, ini merupakan tempat yg elok utk berkelah; this is the ~ of the famous battle, inilah tempat pertempuran yg masyhur itu; apply a bandage to the ~ of the injury, balut tempat yg cedera itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a camping ~, tapak perkhemahan; the ~ had to be cleared before the contractor could start work, tapak tersebut mesti dibersihkan sebelum kontraktor dapat memulakan kerja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. piece of ground used or that will be used for particular purpose, tapak: a building ~, tapak bangunan; the launching ~ at Cape Canaveral, tapak pelancaran di Tanjung Canaveral; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata site


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perkataan untuk "prelidiction site". prelidiction site adalah "tapak" i.e site bagi yang menjadi sasaran khusus. Misalnya prelidiction site untuk cacing pipih ialah organ hati. Cacing ini tidak akan pergi kelain-lain organ, melainkan hati. Terima kasihIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "prediction site" ialah tapak ramalan.Istilah19.10.2016
Minta bantuan bagi terjemahan ayat teknikal seperti berikut: Site Screening Level Site Specific Target Level Contoh ayat: 1)Site Screening Level for contaminated sites in Malaysia 2)In the event a site clean up is required, the responsible parties shall justify the Site-Specific Target Levels (SSTLs) that are protective of human health and ecological well beingKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan17.09.2015
Minta bantuan bagi istilah ' Site Screening Level' dan 'Site Specific Target Level' dalam bahasa melayu yang terkandung dalam buku Contaminated Land Management Guiidelines.Pihak saudara dimohon untuk memberikan konsep istilah tersebut dalam bidang khusus yang berkenaan. Namun begitu, cadangan awal yang dapat kami berikan: "Site Screening Level" = Tahap Saringan Tapak, "Site Spesific Target Level" = Tahap Sasaran Khusus Tapak.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2015
Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan.Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut:
(i) Site screening level - tahap saringan tapak.
(ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. 
Penyemakan dan penterjemahan18.09.2015
apakah terjemahan bagi istilah "site bolting"?Untuk makluman, istilah "site bolting" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut  supaya kami dapat memberikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah05.08.2013
Apakah istilah tepat bagi On-Site Detention (OSD) dalam bahasa melayuPadanan bagi istilah on-site detention (OSD) dalam bahasa Melayu ialah tahanan di tapak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.08.2024
Bagaimanakah cara menggunakan web site ini?Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan berkenaan permasalahan bahasa Melayu.Lain-lain14.07.2021
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "site office" ke dalam bahasa Melayu?pejabat tapak bina.Tatabahasa20.04.2008
You're about to leave the page and go to another site. Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa 'about to leave'? Terima kasihCadangan terjemahan yang sesuai untuk about to leave ialah “akan meninggalkan”. (Anda akan meninggalkan halaman ini untuk ke tempat lain). Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan07.03.2017
Salam sejahtera, Adakah "Insite Support" sesuai diterjemahkan kepada "Sokongan Dalam tapak"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan dan membawa maksud bantuan yang sediakan oleh pengeluar. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman tuan, hasil carian kami hanya menjumpai perkataan On-site. Cadangan kami bagi perkataan On-site Support ialah Sokongan Dalaman jika bersesuaian dengan konteks.Istilah20.11.2018
12

Kembali ke atas