Siti Hanum SAT 14:14 Siti Hanum Siti Assalamualaikum DBP, maaf mengganggu,saya Siti Hanum nak tanya, DPB ada keluarkan buku bahasa asing tak macam bahasa greek atau latin? terima kasih | Waalaikumussalam, Untuk maklumat puan, DBP tidak ada menerbitkan buku bahasa Greek atau Latin. Terima kasih. | Lain-lain | 26.11.2016 |
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasih | Ejaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 16.01.2010 |
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ? | Puan Nora, Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki | Ejaan | 03.10.2012 |
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?" Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Assalamualaikum, Ejaan yang betul bagi pokok bunga siti zubaidah (nama pokok) ialah "Siti Zubaidah" atau "siti zubaidah" (semua huruf kecil) jika berada di tengah ayat? Begitu juga dengan kacip fatimah, buluh burma dan tongkat ali? Terima kasih. | Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali dan kacip fatimah ditulis dengan huruf kecil. Oleh yang demikian, nama pokok siti zubaidah juga ditulis dengan huruf kecil jika berada di tengah ayat. | Ejaan | 26.06.2019 |
1.Berikut ialah salah satu daripada soalan ujian sekolah saya;(kategori ayat sama maksud) " Makanan yang dijual murah dan sedap," kata Siti kepada kawannya. A. Siti menjelaskan bahawa dia menjual makanan yang murah dan sedap. B. Siti menyatakan bahawa harga makanan yang dijual murah dan sedap. C. Siti meminta kawannya menjual makanan yang murah dan sedap. D. Siti menyuruh kawannya makan makanan yang murah dan sedap. Apakah jawapan yang betul dan alasannya atau tiada jawapan yang betul. 2. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi sesi 'ice breaking' | 1. Jawapan yang betul ialah B. 2. Padanan yang boleh digunakan ialah suai kenal atau orientasi mengikut konteks dan situasi. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? (1) Siti menyusun meja dengan kemas. (2) Siti menyusun meja supaya kemas . (3) Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas . Terima kasih . | Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama ‘dengan’ dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan ‘kemas’ bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan ‘dengan’ ialah ‘Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Siti Mardhiah SUN 7:48PM Salam saya sdg mncari buku teks 'pola pakaian tingkatan 4 dan 5', di mana saya bleh mncari buku ini? | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 07.08.2016 |
Siti Rahimah SAT 3:31PM Aslmlkm...saya nak tanya..saya dah buat pembelian buku DBP secara atas talian..saya pilih bank deposit..lepas saya sudah bankin..perlu ke saya email slip bank atau x payah? Harap pihak en dapat balas..sbb saya memerlukan sangat buku tu secepat mungkin..saya xnak buku tu x sampai pada saya.. Harap pihak en faham.. | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 16.07.2016 |
Siti Rokiah Saleh Jun 21st, 2:39pm Akm..admin sya ada hubungi no tel bhgian pmasarn pengedaran DBP Tp no tiada dlm prkhidmtn...ada no lain x utk tmphn mjlh utk sek | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 23rd, 12:47pm Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 21.06.2015 |