Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj wisel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siti II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasihEjaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa16.01.2010
Salam. Penggunaan tanda koma yang manakah betul ? i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai. ii) Siti, Saras, dan Ai Ling pergi ke kedai.Penggunaan tanda koma yang betul ialah ayat pertama: i) Siti, Saras dan Ai Ling pergi ke kedai.Lain-lain19.10.2016
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Pilih ayat yang betul. 1.Kami pulang bila hari petang. 2.Siti membeli sebotol sos cili. 3.Buku itu disimpannya dalam almari. 4.Kawasan yang curam itu amat berbahaya. Tolong beri penjelasan, terima kasih.i. Kami pulang apabila hari petang. ii. Ayat ini betul. iii. Buku  tersebut disimpan di dalam almari. iv. Kawasan curam itu amat berbahaya.Tatabahasa17.01.2008
Bolehkan kata penguat digunakan untuk kata atau frasa kerja seperti dalam ayat 'Kami amat menghargai penyertaan anda.', 'Semua murid amat menggeruni Guru Besar.' dan 'Puan Siti sangat menyayangi anak angkatnya.'?

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. 

Kata penguat hanya hadir di depan kata atau frasa adjektif.

1. Kami menghargai penyertaan anda. (tiada kata penguat sudah tepat)
2. Semua murid amat gerun akan guru besar.
3. Puan Siti sangat sayang akan anak angkatnya.

Tatabahasa25.02.2013
maksud saya bagi format surat rasmi yang terkini adalah contoh format surat rasmi: (i) adakah alamat kepada pengirim perlu tanda koma? (ii) format tarikh (contoh : 19hb April,2011) adakah ditulis sebegitu? (iii) adakah nama diakhir surat perlu dibubuh dalam kurungan dan huruf besar (contoh: (ROSZIANAWATY)?Puan, Cara menulis alamat, tarikh dan penama orang yang menandatangani surat mengikut gaya Dewan adalah seperti yang berikut: (i)            Butiran yang perlu ada pada alamat:a.    nama dan gelaran jawatan diakhiri dengan tanda komab.    alamat penuh penerima diakhiri degan tanda koma (kecuali baris akhir)c.    alamat penerima diakhiri dengan tanda noktah Contoh: Puan Siti Nordiana binti Abdullah,Unit Berita Radio RTM,Jabatan Penyiaran Malaysia,Wisma Radio, Angkasapuri,50614 KUALA LUMPUR.  atau  50614 Kuala Lumpur. (ii)          19 April 2010 (iii)     Cara  menulis nama orang yang menandatangani surat adalah seperti yang berikut:  Saya yang menurut perintah,    (ROSZIANWATY BINTI ...)Ketua Bahagian ...b.p. Ketua Pengarah     Lain-lain19.04.2011

Kembali ke atas