Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih. | Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1). | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka. | Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian. | Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian. | Lain-lain | 16.11.2010 |
penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Penduduk di situ membuat pengaduan kepada pihak polis Tuan, adakah pengaduan atau aduan yang sesuai digunakan? TQ | Frasa yang betul ialah membuat aduan. Pengaduan menceritakan perihal perbuatan mengadu. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ? | Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. | Makna | 09.07.2008 |
kesalahan ayat: Air bertakung di tepi jalan itu memercik semasa kereta melalui situ. | Perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah terpercik. Air bertakung di tepi jalan itu terpercik semasa kereta melalui situ. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas. | 1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka. 3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq | 1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. 2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. | Tatabahasa | 22.02.2011 |