Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.vik] | سيۏيک

Definisi : 1. ilmu tatarakyat; 2. hak, perasaan tang­gungjawab, dsb seseorang terhadap masyara­katnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sivik (kata nama)
Bersinonim dengan ilmu tata rakyat.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan sivik ataupun ta'rif sivik?Maknanya ialah
  • 1. ilmu tatarakyat; 2. hak, perasaan tanggungjawab, dsb seseorang terhadap masyarakatnya.
  • Makna17.01.2010
    Assalamualaikum, apakah yangh dimaksudkan dengan Pendidikan Islam merentas Pendidikan Sivik?Merentas bermaksud mencakup atau merangkumi. Pendidikan Islam merentas Pendidikam Sivik boleh membawa maksud kurikulum pendidikan Islam merangkumi pendidikan sivik kerana dalamnya terdapat eleman kebaikan dan nilai-nilai murni.Makna26.11.2022
    Cikgu Suria mengajar atau mengajarkan Sivik kepada murid Tahun Enam Gemilang. Soalan: apakah perbezaan mengajar dan mengajarkan? harap dpt memberikan conton ayat. terima kasih.

    Ayat yang betul ialah Cikgu Suria mengajarkan Sivik kepada murud Tahun enam Gemilang. Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain sementara mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh ayat ialah, Cikgu Ariffin mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. Cikgu Ariffin mengajar pelajar 5 Sains bahasa Melayu. Terima kasih.

    Tatabahasa19.06.2008
    Adakah ayat di bawah gramatis? Kempen yang diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran sivik masyarakat Malaysia. Kata pemeri 'adalah' boleh diikuti oleh kata sendi nama 'untuk' tetapi ayat di atas, 'untuk' ialah kata hubung. Jadi, adakah ayat di atas gramatis?Ayat tersebut mematuhi tatabahasa Melayu atau gramatis.Tatabahasa03.01.2019
    Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024
    Salam sejahtera, Saya telah menterjemahkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan. i. Education For Democratic Citizenship (Pendidikan Ke arah Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship. (Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting dalam Pendidikan Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) iii. A strong sense of social belonging and civic engangement (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat)? atau (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan sivik) Mohon pencerahan dalam penggunaan bahasa di atas. terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
    i. Education For Democratic Citizenship - Pendidikan untuk Kewarganegaraan Demokrasi
    ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship - Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting Kewarganegaraan Demokrasi
    iii. A strong sense of social belonging and civic engagement - ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat
    Penyemakan dan penterjemahan23.06.2016
    Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

    1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

    Tatabahasa23.09.2022

    Kembali ke atas