Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih | 1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit. 2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul. | Lain-lain | 20.02.2014 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CK | Frasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
mohon pembetulan penggunaan kata 'daripada' dalam ayat berikut didapati bahawa respon responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. atau kurang dari sederhana terima kasih segala | Frasa yang betul ialah ...didapati bahawa respons responden bandar adalah pada skala kurang daripada sederhana. | Tatabahasa | 12.02.2015 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUA | Kedua-duanya boleh digunakan. "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ. | Makna | 20.08.2014 |
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon tuan suntingkan. 'Penilaian responden kepada keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan 1 (sangat tidak memuaskan) hingga 5 (sangat memuaskan).' | Penilaian responden ke atas/terhadap keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan1(sangat tidak memuaskan) hingga 5(sangat memuaskan). | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bahasa malaysia yang sesuai untuk skala likert ini, neither agree nor disagree, disagree moderately, disagree a little. Sekian,terima kasih. | DBP tidak mempunyai terjemahan yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Antara perkataan yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut: berkecuali, agak bersetuju,, kurang bersetuju | Lain-lain | 08.11.2016 |
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan? | 1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali. Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran. | Istilah | 13.02.2014 |
Boleh saya tahu, apalah terma yang boleh digunakan untuk Scoville Scale? | Kami mencadangkan Skala Scoville sebagai padanan bahasa Melayu untuk Scoville Scale. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 18.09.2017 |
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan? | DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 25.11.2008 |
apakah perkataan sesuai untuk "summated scales" | Istilah lain bagi "summated scales" ialah Skala Likert. Asalnya "summated Likert scales". | Istilah | 03.08.2009 |