| salam, apakah terjemahan bagi haiwan akuatik 'water strider'? Adakah kumbang air? Terima kasih. | Nama lain water strider ialah pond skater. Dalam buku istilah DBP maksud pond skater ialah "ayak-ayak". Walau bagaimanapun dalam Ensiklopedia DBP maksud kumbang air: | KUMBANG AIR | Kumbang air ialah nama yang diberi kepada banyak famili kumbang yang hidup dalam air. Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai. Sesetengah serangga ini hidup sepanjang hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau berhampiran dengan air hanya pada peringkat larva. | | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2014 |