Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (skéma) rajah (rancangan dsb) yg perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yg teratur: ~ tatacara pembentukan istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /skéma/ rancangan (rajah dsb) bkn sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skema


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam mohon beri jawapan yang betul berserta rumus-rumusnya. a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betula. Skema pemarkahan atau skema permarkahan
  Skema pemarkahan.-tepat

Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul 
Yang manakah satu yang betul- tepat

mana-merupakan kata tanya dan disertai dengan partikel -kah.
-kah- partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?
Tatabahasa28.08.2012
1)Antara berikut manakah penggunaan yang betul antara skema jawapan atau skima jawapan?Pada pendapat saya setelah merujuk kamus, skema jawapan adalah yang paling tepat.Tetapi skima jawapan juga turut digunakan dalam sesetengah ayat. Sekian, terima kasih...Skima adalah ejaan yang salah. Ejaan yang betul ialah "skema". Tiada perkataan skima dalam bahasa Melayu.Ejaan24.12.2008
Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan.(BETULKAH AYAT INI?KALAU ADA SALAH TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)Ayat "Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan" betul.Tatabahasa29.07.2012
Bolehkah saya mendapatkan sumber untuk mendapatkan skema pemarkahan Bahasa Melayu untuk UPSR yang terkini? Terima kasih.Skema pemarkahan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lain-lain11.01.2009
Salam tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 17 ini. Skema jawapan yang diberikan adalah B. kaki ... sebuah Sekian terima kasih.Jawapan yang tepat sama seperti skema jawapan yang diberikan.  Selain kuntum, penjodoh bilangan untuk bunga ialah kaki kerana ayat tersebut menyebut ...mencucuk beberapa ........ bunga pada span.  Bungan itu mempunyai batang yang boleh dicucuk pada span.  Sementara penjodoh bilangan untuk bakul ialah "sebuah"Lain-lain20.08.2014
Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong.Tatabahasa20.08.2014
Apakah elemen yang terkandung dalam gaya bahasa? Adakah aspek skema dan trope terkandung dibawah skop gaya bahasa? Adakah kajian yang dibuat mengenai gaya bahasa jatuh dalam kategori bidang retorik? Jika tidak, apakah jawapannya?Tidak banyak maklumat tentang gaya bahasa dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, tidak menemukan maklumat tentang skema dan trope dalam penulisan gaya bahasa, tetapi ada dibincangkan dalam tajuk retorik. Walau bagaimanapun untk mengesahkan maklumat tersebut sila rujuk guru dalam bidang berkenaan.Tatabahasa06.02.2014
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. Makna18.01.2012
assalamualaikum, saya nak tahu jawapan bagi soalan yang saya sertakan, iaitu soalan percubaan pmr mrsmUntuk makluman, soalan dan jawapan peperiksan adalah tertakluk pada skema soalan dan jawapan yang disediakan. Sila berhubung terus dengan pihak yang menyediakan soalan bagi mendapatkan skema jawapan.Lain-lain24.02.2014
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
1234

Kembali ke atas