Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /through, over/ st, membaca sst sepintas lalu: he only had time to ~ through the newspaper before he left, dia hanya ada masa utk membaca surat khabar itu sepintas lalu sebelum pergi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st off, a. see vt (sense 1); b. (fig.) memilih sst yg baik-baik: early shoppers had ~med the cream off the goods in the sale, pembeli-pembeli yg datang awal telah memilih barang yg baik-baik drpd yg terdapat di jualan murah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. move lightly over surface, occasionally touching, melayap di: the swallow darted across the water ~ming the surface, burung layang-layang terbang melayap di permukaan air; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. throw (stone etc) over water so that it bounces several times, melayapkan: he was ~ming the pebbles across the pond, budak itu melayapkan batu kelikir pd permukaan kolam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. also ~ off, remove floating layer etc from the surface, mengaup: she warmed the milk slightly before she ~med it, dia memanaskan susu sedikit sebelum mengaup kepalanya; every trace of fat should be ~med off before the soup is served, semua lemak hendaklah dikaup sebelum sup itu dihidangkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (of boat, vehicle, ski, etc) meluncur: sailing boats of all shapes and sizes ~med about on the lake, perahu-perahu layar yg pelbagai bentuk dan saiz meluncur di tasik itu; buses full of passengers ~med along the highway, bas-bas yg penuh dgn penumpang meluncur di sepanjang lebuh raya itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi move, glide along lightly and quickly, a. (of bird, aircraft) melayap: she watched the swallows ~ming through the surface of the lake, dia memperhatikan burung layang-layang melayap di permukaan tasik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
 
skim
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :rancang, rancangan,

Peribahasa

433

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "What is Skim Rumah Pertamaku?" Adakah (a) "Apakah Skim Rumah Pertamaku?"; (b) "Apa kah Skim Rumah Pertamaku?"; (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?"; atau (d) "Apa kah itu Skim Rumah Pertamaku?" Untuk makluman Tuan, ayat tersebut akan digunakan dalam konteks senarai soalan lazim. Terima kasih.Jawapan yang paling sesuai ialah (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?Lain-lain19.09.2019
Tuan/Puan Apakah perbezaan perkataan BAHARU dan BARU? Sebagai contoh:- Pelajar baharu atau pelajar baru Silabus baharu atau silabus baru Skim Pemarkahan baharu atau Skim Pemarkahan baru Terima kasih di atas perhatian tuan/puanKamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa.Tatabahasa29.01.2013
maksud atau definasi 'skim'Kamus Dewan menakrifkan skim sebagai rancangan.Makna29.07.2009
Bolehkah perkataan "skim coat" diterjemah kepada salutansiring/siring sadur?Kami mencadangkan skim coat diterjemahkan sebagai "lapisan nipis" atau "lapisan sementara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.08.2022
apa perbezaan antara Sekim dan SkimEjaan yang betulĀ ialah skim yang membawa maksud rancangan.Ejaan22.09.2014
bolehkah perkataan "skim coat" di terjemah kepada salutan siring /siring sadur ?Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi skim coat ialah "lapisan nipis" atau "lapisan sementara" berdasarkan kesesuaian konteks ayat yang digunakan.Lain-lain29.03.2022
DBP ada skim bantuan menerbit buku dalam Bahasa Inggeris tak?Encik Salleh, berhubung pertanyaan tuan tentang adakah DBP menyediakan skim penerbitan buku dalam bahasa Inggeris, tuan boleh berurusan dengan Encik Mohd Fesal bin Mohamad, Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479496 bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan tepat.

sekian.
Lain-lain16.01.2018
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
ADAKAH PERKATAAN RESIDENSI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK NAMA SKIM PEMBANGUNAN, BANGUNAN DAN TAMAN?Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk nama skim pembangunan, penamaan bangunan atau taman sahaja. Penggunaan perkataan ‘kediaman’ perlu digunakan untuk merujuk kata am, contoh dalam ayat: Pemaju membina banyak kediaman di kawasan bukit (betul). Ayat Pemaju membina banyak residensi di kawasan bukit (salah).Istilah07.03.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

Salam sejahtera,

Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

       pengurusan tanah.

Terima kasih.

 

Lain-lain08.10.2008
12345

Kembali ke atas