Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skipping


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Padanan bahasa Melayu bagi istilah "skipping rope"Padanan skipping rope dalam bahasa Melayu ialah tali skip.Tatabahasa01.03.2012
Apakah padanan perkataan dalam BM untuk perbuatan skipping dengan tali skip?Tali skip ialah istilah bahasa Melayu untuk "skipping rope". Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "skipping", iaitu berskip, lompatan dan loncatan.Istilah26.02.2016
Salam, saya ingin tahu tentang tali skipping apabila dimelayukan dipanggil apa?Salam, saya ingin tahu tentang tali skipping apabila dimelayukan dipanggil apa?
Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan digunakan 'tali skip'.
Istilah28.05.2013
Bolehkah saya memadankan istilah rock/stone skipping dengan kata "encat" (tersenarai dalam glosari dialek pahang) kerana maknanya sama?Perkataan rock skipping boleh diterjemahkan kepada encat. Kata dialek juga boleh dinaik taraf sebagai kata baku apabila tiada padanan dalam bahasa Melayu.Istilah14.08.2018
Salam, saya ingin tahu..apakah istilah yang sesuai untuk skipping rope?Adakah ianya bermaksud 'lompat tali'?Dan apakah istilah yang betul jika saya ingin membuat ayat, 'Tali skip yang panjang itu diperbuat daripada gelang getah'? Masih betulkah jika saya ingin gunakan 'tali skip' ataupun ada istilah lain yang lebih sesuai?Istilah bahasa Melayu untuk "skipping rope" ialah tali skip.Istilah15.01.2013
Salam sejahtera, DBP. Saya ada terlihat dalam bahagian istilah bahasa Melayu PRPM yang stone skipping/skimming diberi padanan main encat. Sebelum ini saya cari di PRPM, tiada. Bolehkah DBP berikan saya tarikh padanan istilah tersebut dimasukkan dalam PRPM?Untuk makluman tuan, Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) Bil. 35, bertarikh 12 September 2018 telah memutuskan istilah main encat bagi stone skipping/skimming.Istilah04.11.2018
Adakah padanan (main encat - stone skipping/skimming) diambil berdasarkan cadangan saya yang dimajukan dalam bentuk soalan melalui Khidmat Nasihat DBP yang bertarikh 14/08/2018 dan dijawab pada 17/08/2018?Hasil carian dalam data kami, perkataan encat diambil daripada glosari dialek pahang yang bermaksud pergerakan batu leper yang mencecah permukaan air secara berulang-ulang kali setelah dilayangkan batu leper.Lain-lain05.11.2018
Mohon semakan terjemahan It looks like Karim is skipping class even though our group presentation is due today. Typical. Nampaknya Karim ponteng kelas lagi, walaupun hari ini ialah hari pembentangan kumpulan kami. Sangat tipikal.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Karim ponteng kelas lagi, walaupun pembentangan kumpulan kami diadakan pada hari ini. Sangat tipikal.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017

Kembali ke atas