Yang mana lebih tepat, mencetak gol atau mencatat gol Contoh ayat, " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat/mencetak 14 gol | Ayat yang lebih tepat ialah " Bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu telah membantu pasukan Kelantan menjuarai Liga Super dengan mencatat 14 gol. | Istilah | 26.07.2018 |
Mohon dibuat pembetulan (jika ada) bagi tajuk ini:- "SEMINAR SKUAD 1MALAYSIA - MEMBUDAYAKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN" kerana saya tidak pasti tentang istilah Kesukarelawanan @ Kesukarelaan. | Perkataan yang betul ialah kesukarelaan, bermaksud sifat sukarela. | Tatabahasa | 22.11.2011 |
bolehkah imbuhan se- digunakan untuk kata dasar jiran. Jadi kata terbitannya ialah sejiran. | Imbuhan se- boleh digunakan untuk kata dasar jiran yang menghasilkan kata terbitan sejiran. Contoh ayat: Skuad bola sepak negeri Kelantan dan Pahang menentang skuad sejiran, iaitu Terengganu, selang sehari. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 907. | Istilah | 28.04.2025 |