Salam tuan di talian. Saya ingin tahu bagaimana perkataan skuasy dipenggalkan mengikut suku kata, sama ada (skuasy) atau (sku / asy)? | Yang sebetulnya ialah (skuasy). | Ejaan | 12.04.2013 |
"Kedua-dua orang pemain skuasy itu dijangka bertemu di perlawanan akhir." Adakah penggunaan kata sendi nama 'di' dalam ayat tersebut betul? Atau kata sendi nama 'dalam' atau 'pada' yang paling tepat digunakan dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih. | Pada perlawanan akhir. Pada digunakan untuk merujuk masa. | Tatabahasa | 27.11.2012 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah: 1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang? | Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut: (fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang). | Tatabahasa | 19.04.2013 |