Apakah padanan bahasa Melayu untuk bentuk kolar baju: 'O-neck', 'V-neck', 'scoop neck', 'turtle neck', 'boat neck' dan 'crew neck'? | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. "O-neck" - Leher bulat 2. "V-neck" - Leher V 3. "scoop neck" - Leher skup 4. "turtle neck" - Leher polo 5. "boat neck" - Leher sampan 6. "crew neck" - Leher kelasi Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Salam, sukacita sekiranya pihak DBP dapat memaklumkan istilah yang sesuai untuk perkataan berikut: collared shirt = kemeja berkolar ribbed neckline = leher baju beralur round neck = leher baju bulat crewneck = leher baju kecil/ leher baju kru (Crewneck merujuk kepada leher baju berpotongan bulat tetapi saiznya lebih sempit berbanding leher baju bulat) Dalam laman web DBP, "scoopneck" diterjemahkan sebagai garis leher skup. Adakah leher baju lebih sesuai digantikan kepada garis leher atau boleh dikekalkan? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, setakat ini perkataan bahasa Inggeris tersebut tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sunggupun begitu, kami mencadangkan terjemahannya seperti di bawah: 1. collared shirt - baju leher berkolar 2. ribbed neckline - baju leher beralur 3. round neck - baju leher bulat 4. crewneck - baju leher ketat | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2018 |