Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sky


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sky BridgejejantasIstilah08.04.2008
Maaf, saya ingin betanya "sky walker" exercise machine. Jika dialihbahasa kepada bahasa melayu dinpanggil sebagai?"Sky walker exercise machine" boleh diterjemahkan sebagai mesin senaman berayun.Makna16.04.2020
Mencari terjemahan perkataan "Sky lounge" ke bahasa MelayuUntuk makluman pihak tuan, belum ada istilah yang khas untuk "Sky Lounge", namun padanan yang kami cadangkan untuk perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Tempat Istirahat di Puncak.Istilah20.03.2019
Salam, saya ingin mendapatkan perkataan yang tepat bagi 'Sky Garden'. Adakah Taman Langit? Terima Kasih.Kami mencadangkan sky garden diterjemahkan kepada taman puncak.Penyemakan dan penterjemahan02.07.2015
Adakah terdapat istilah khusus bagi "all sky camera"?
Selamat sejahtera NUR AZIZAH MOHAMED NAJIB,


Berdasarkan semakan pangkalan data istilah DBP, tiada padanan istilah all sky camera yang khusus. 
Ini mungkin disebabkan faktor kedapatan variasi istilah bahasa Inggeris berbeza yang lebih umum diketahui atau mantap dalam kalangan penggiat bidang yang berkaitan, oleh itu dicadangkan padanan kamera pengimejan langit bagi merujuk konsep istilah all-sky camera. Cadangan ini hasil merujuk kata pengimejan dalam Kamus Dewan Perdana Tahun 2020 (halaman 818) yang dihuraikan maknanya iaitu hal atau proses mengimejkan dan contoh penggunaan yang diberikan sebagai panduan ialah "Sabah akan mengadakan Bengkel Teleskop dan Pengimejan Angkasa peringkat negeri."


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
Istilah26.03.2025
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan SKY MIRROR, iaitu salah satu kawasan pantai di Kuala Selangor?Padanan bahasa Melayu bagi istilah Sky Mirror ialah Cermin Langit. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.09.2022
Salam, Dalam aplikasi tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi : a) placeholder b) Placeholder image c) Ground/Sky color d) Fetching Chapter e) There may be a slight jiggering effect. therefore only enable this feature if you are targeting older devices. f) Can't load nodes g) Remove from Favorites Terima kasih.Cadangan terjemahan kami ialah.
(a) Sandaran
(b) Imej sandaran
(c) Warna alam
(d) Pengambilan bab
(e) Kemungkinan terdapat sedikit kesan kejorongan, maka perlu menggunakan peranti lain
(f) Tidak boleh muat nod
(g) Sisihkan daripada Carian
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
Adakah perkataan 'vault' dan 'dome' mempunyai kata yang sama dalam bahasa melayu iaitu 'kubah'?
Ya, "vault" dan "dome" merujuk kubah. Kamus-Inggeris Dewan mentakrifkan "vault" sebagai arched structure forming a roof or ceiling, kekubah; manakala "dome" sebagai kubah: the stately ~ of the mosque, kubah masjid yg berdiri megah; the blue ~ of the sky, kubah langit yg biru; the ~ of the head, lengkung kepala.


Makna10.07.2014

Kembali ke atas