Saya ingin membuat carian terjemahan yang sepadan dengan frasa 'poetry slam'. Carian awal mendapati 'slam' sebagai istilah dalam pendidikan ialah 'slem', namun tidak ada huraian ditampilkan. 'Grand slam' sebagai istilah sukan diberikan padanan 'Grand slam' juga. Bolehkah saya menggunakan 'slam puisi' atau 'pertandingan deklamasi sajak'? | Kami mencadangkan frasa "pertandingan Deklamasi Sajak" yang digunakan bagi mengungkapkan maksud poetry slam kerana frasa itu gramatis dan difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 07.09.2014 |
Slam. Apakah padanan terjemahan daripada kata 'survivability' dalam bahasa Melayu. | Mohon berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan ini agar kami dapat mencadangkan terjemahan yang tepat dan betul. | Istilah | 20.05.2022 |
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul. | Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan. | Lain-lain | 09.06.2009 |
Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas. | Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus. Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak. | Lain-lain | 09.06.2009 |
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa." | Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian." | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2016 |
'repitisi' atau 'repitasi' | Slam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi k- 4 (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll): seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan. Sekian. | Lain-lain | 30.12.2008 |
Nurul Azuin selamat pagi dan slam sejahtera..saya nak bertanyakan menngenai result permohonan senagai pekerja harian di DBP yg telah diadakan temuduga terbuka pada 5 dan 6 september yang lalu.Adakah Result permohonan itu telah dikeluarkan.. | Puan, Keputusan temu duga tersebut telah pun dikeluarkan dan calon yang berjaya sudah pun melapor diri untuk bertugas. | Lain-lain | 12.10.2016 |
Aduenan Paehoh-e-le 8.16 PAGI Slam tuan Ade jual kitab ini ? | Terima kasih. Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 untuk pertanyaan tentang buku dan perkhidmatan yang berkaitan atau hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 08.09.2017 |
Salam, mohon bantuan cadangan terjemahan perkataan "dip" dalam ayat berikut. We slam on the brakes and measure how far the hood dips. Apakah kata adjektif sesuai? Tenggelam, terbenam, melendut? Atau mungkin ada kata adjektif lebih tepat? Terima kasih. | Lihat pada konteks penggunaan, khususnya konteks, fizikal dan maksud sebenar perkataan hood, jika penggunaannya di air, maka adjektifnya mungking tenggelam atau terbenam dan jika ia membengkok ke bawah maka sifatnya melendut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2014 |
Soalan di lampiran | Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia). Pembentukan akronim YAPEIM dibuat dengan mencantumkan suku kata pertama bagi perkataan pertama dengan huruf awal perkataan-perkataan yang berikutnya, dengan penyeragaman penggunaan keseluruhan huruf besar bagi nama khas. Oleh yang demikian pembentukan akronim YAPEIM betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 105 - 106. | Tatabahasa | 20.11.2024 |