| assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih. | Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah: 1. Tendangan Tumit. 2. Larian pintas 3. Rebut Gelongsor 4. Tendangan Lencong 5. Tendangan menerus. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2014 |
| Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut. | Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu: bolt2 n 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak; 2. metal bar or rod in lock, kancing; 3. fastening rod or screw to take a nut, bolt; 4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing; 5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera; Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut. Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard.
| Makna | 17.12.2023 |