Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slip] | سليڤ

Definisi : kepingan kertas yg kecil panjang: elakkan menampal ~ pindaan pd manuskrip; ~ gaji; ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slip] | سليڤ

Definisi : kepingan kertas yg kecil panjang: Elak drpd menampal ~ pd manuskrip itu. ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata slip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt. Adakah wujud terjemahan tertentu untuk perkataan ini: slip, lapse dan mistake dalam bahasa melayu?Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. slip - slip, gelincir

2. lapse - luput, lelap, jurang, selang

3. mistake - silap, salah


Penggunaan padanan bahasa Melayu yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks.
Istilah21.05.2013
Apakah frasa dalam bahasa Melayu yang paling sesuai bagi "time slip".Istilah time slip masih belum ada dalam data kami, cadangan yang sesuai bagi terjemahan istilah time slip ialah slip masa.Makna16.02.2017
Salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan anti-slips mats? Bolehkan jika diterjemahkan sebagai tikar antigelincir? Sekian, terima kasih.Istilah anti-slip mat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah slip ialah gelincir. Oleh itu, istilah tikar antigelincir boleh digunakan.Istilah17.02.2011
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih.i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan.

ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. 

iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut.
Kedua-dua ayat terebut betul.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.



1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217)
Tatabahasa21.11.2013
Kepada yang berkenaan, Tuan, Saya memiliki Ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Awam Di Jepun.Soalan saya, 1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan terjemahan untuk Ijazah dan Slip Pencapai Akademik saya? 2. Bolehkah sekiranya saya menterjemahkan sendiri dan mendapatkan cop pengiktirafan daripada jabatan tuan? 3. Sekiranya mustahil, bolehkah tuan lampirkan alamat dan cara untuk menghubungi jabatan yang berkenaan? Untuk pengetahuan tuan, saya sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan perkara diatas diperlukan oleh Jabatan tempat saya bekerja.Di harap tuan menitik beratkan perkara ini. Kerjasama Tuan Amatlah Dihargai. Sekian, Terima Kasih.

 Untuk makluman saudara, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, tetapi saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2067076 (pn Saodah) atau 012-2811814 (pn Suzana).

Lain-lain06.02.2008
Siti Rahimah SAT 3:31PM Aslmlkm...saya nak tanya..saya dah buat pembelian buku DBP secara atas talian..saya pilih bank deposit..lepas saya sudah bankin..perlu ke saya email slip bank atau x payah? Harap pihak en dapat balas..sbb saya memerlukan sangat buku tu secepat mungkin..saya xnak buku tu x sampai pada saya.. Harap pihak en faham..Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain16.07.2016

Kembali ke atas