Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata keramat yg dijadikan pe­gangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata yg dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sbg slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
slogan (kata nama)
Bersinonim dengan cogan kata, kata-kata semboyan, kata-kata keramat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih.Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Makna30.01.2011
siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"?Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Lain-lain30.01.2011
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali.Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sebagai slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu.

Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.

Tatabahasa11.09.2013
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat?Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja.  Makna13.01.2011
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina?Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan.Lain-lain13.01.2011
apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan 'belia benci dadah'? perlukan jawapan segera..Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat berkaitan slogan 'Belia benci dadah'. Sila rujuk agensi yang menggunakan slogan tersebut dalam kempen/promosi kegiatan yang dianjurkan.Lain-lain13.02.2011
Terima kasih terhadap jawapan DBP pada soalan 29/8/2013. Selain itu, adakah kedua-dua ayat ini sesuai dalam bidang bisnes, iaitu sebagai satu slogan kepada pasaraya?Slogan yang dinyatakan sesuai digunakan dalam bidang perniagaan.

Tatabahasa30.08.2013
TaglineSloganLain-lain16.03.2007
Slogan kata, "Anda Boleh Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah"Slogan yang dicadangkan ialah "Anda Boleh Melakukan Perubahan, Perangilah Rasuah"Tatabahasa15.05.2012
Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. SloganTagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto.Makna22.11.2012
12345

Kembali ke atas