Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slot] | سلوت

Definisi : ruang waktu yg diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dll) disiarkan: ~ berita telah di­perkenalkan oleh TV3 sejak tarikh pe­nubuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slot] | سلوت

Definisi : ist tempat memasukkan kad bunyi, kad grafik dsb pd papan induk komputer. ~ tambah ist slot pd papan induk komputer yg membolehkan kad tambahan dimasukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata slot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan.Tatabahasa17.04.2013
1. Slot Penutup dalam majlis selalu digunakan " PERASMIAN PENUTUP " adakah penggunaan ini betul atau pun apakah istilah yang tepat ? 2. Penggunaan adalah dan ialah di dalam ayat-penjelasan. 2. Bolehkah kita menggunakan kata sendi di, diawal ayat.? Sekian, terima kasih.

1. Frasa tersebut betul.

2. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3. Boleh, dalam ayat songsang. Contoh: Dia tinggal di Melaka. Di Melaka dia tinggal.

Lain-lain09.04.2009
Salam, Saya ingin mengetahui istilah sebenar yang digunakan bagi pemutar skru dan skru seperti yang ditunjukkan dalam gambar (seperti yang dilampirkan). Untuk makluman tuan, istilah yang selalu diguna pakai (secara tidak rasmi) adalah pemutar skru mata philips, pemutar skru mata rata, manakala bagi skru pula istilah yang selalu diguna pakai ialah skru kepala philips dan skru kepala belah atau kepala rata. Mohon bantuan dari pihak tuan kerana tiada rekod dalam www.prpn.dbp.gov.my. saya juga telah membuat rujukan dalam internet melalui web-web tertentu tetapi semua istilah yang diguna pakai adalah tidak sama. Segala kerjasama dari ppihak tuan, diucapkan jutaan terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk gambar yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. Phillips screw driver  - pemutar skru Phillips
2. screw driver   -  pemutar skru (tidak ada istilah pemutar skru mata rata)
3. Phillips screw head - skru Phillips
4. slot head screw -  skru ulir
Istilah11.10.2012

Kembali ke atas