| saya memohon sesalinan sijil pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). | small;">Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). small;"> small;">Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. small;"> small;">Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. small;"> small;">Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak. | Lain-lain | 18.11.2021 |
| Mohon semak ayat di bawah: 1. Cinta terhadap negara 2. prihatin terhadap Ali 3. rindukan ibu | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: small;"> 1. small;">Saya cinta akan negara. small;">2. small;">Saya prihatin terhadap Ali. small;">3. small;">Saya merindui ibu. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575.
| Tatabahasa | 13.03.2025 |
| Apakah terjemahan dalam BM untuk perkataan Inggeris "Breakout Room" yang bermaksud "a small meeting room or a separate part of an internet meeting where a small group can discuss a particular issue before returning to the main meeting". Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi breakout room ialah ruang atau bilik perbincangan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan padanan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2021 |
| Apakah terjemahan Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "surau"? Bolehkah "small mosque" digunakan? Sasarannya adalah mereka yang tidak faham konsep surau. | Lihat pada konteks penggunaannya dan konsep binaannya. Jika dibina khusus sebuah surau, mungkin boleh digunakan istilah small mosque, namun jika hanya ruang di dalam bangunan lain seperti di kompleks beli-belah, maka perkataan pray room lebih sesuai digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.03.2015 |
| Bagaimana dengan status bagi Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin? | small;">Salam sejahtera tuan yang budiman, small;">Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. small;">Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. Sekian, terima kasih. small;"> | Karya | 29.12.2025 |
| Lewat ini, istilah peluncuran ada digunakan oleh sebagai kata ganti kepada istilah perasmian. Adakah ianya merupakan istilah yang betul? | small;">Peluncuran dan Pelancaran small; text-align: justify;">Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. small; text-align: justify;">Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. small; text-align: justify;">Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 03.01.2024 |
| Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME' | Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME). | Istilah | 06.04.2011 |
| Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana | small;">Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. small;"> small;">1. Saya pun tak tahu, "sebab/tujuan" saya datang. Betul small;"> small;">2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul small;"> small;">Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan. small;"> small;">3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul small;"> small;">Sama seperti ayat 2. small;"> small;">4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan. | Tatabahasa | 25.03.2021 |
| Apakah padanan untuk 'X' dalam bahasa Melayu untuk saiz pakaian? Misalnya XS, XXXL yang kadangkala akan ditulis X-Small, XXX-Large. Adakah bahasa Melayu akan menulis X-Kecil, XXX-Besar? Atau Kecil-X dan Besar-XXX? Bagaimana pula penulisan singkatannya? (XS, S, M, L, XL, XXL, dst.) | Maksud bagi simbol "X" yang digunakan pada saiz pakaian ialah merujuk kepada "ektra" atau "lebih". Cadangan terjemahan bagi saiz pakaian ialah: Extra Small (XS) - "Lebih Kecil (XS)" Small (S) - "Kecil (S)" Medium (M) - "Sederhana (M)" Large (L) - "Besar (L)" Extra Large (XL) - "Lebih Besar (XL)" Double Extra Large (XXL) - "Besar Ganda (XXL)" | Makna | 10.04.2022 |
| Patutkah "kan" dalam ayat ini dijarakkan? Juga apakah kelas kata "kan" di sini?: Saya ingat kan kucing, rupanya lembu. | small;">Ejaan yang betul ialah "ingatkan". Perkataan "ingatkan" dieja secara rapat kerana perkataan tersebut merupakan kata terbitan yang terdiri daripada imbuhan akhiran -kan. Contoh ayat yang lebih tepat ialah "Saya menyangkakan itu kucing, rupanya lembu.". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk small;">Tatabahasa Dewan Edisi Ketigasmall;"> (DBP, 2015), halaman 183-186. | Tatabahasa | 31.01.2026 |