Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ for, suffer the consequences, merasa akibatnya: I’ll make him ~ for the trouble he has caused, saya akan membuat dia merasa akibatnya krn kekacauan yg telah ditimbulkannya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi terasa pedih: his hand was still ~ing from five strokes of the cane, tangannya masih terasa pedih akibat dirotan lima kali; he ~ed under the jibes of his fellow workers, hatinya terasa pedih krn ejekan rakan-rakan sekerjanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n rasa pedih, kepedihan: this ointment should ease the ~ of the sting, salap ini sepatutnya melegakan rasa pedih sengatan itu; the ~ of failure, rasa pedih akibat kegagalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : look ~, cepat, lekas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. socially exclusive, ada kelas: they are always to be seen at the ~ restaurants, mereka selalu kelihatan di restoran-restoran yg ada kelas; she mixes with the ~ set, dia bergaul dgn golongan yg ada kelas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. brisk, quick, pantas: the marchers moved at a ~ pace, orang-orang yg berbaris itu bergerak dgn langkah yg pantas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. sharp, kuat: a sudden, ~ blow that caught him unawares, tanpa disedari, satu pukulan yg kuat dan tiba-tiba mengenainya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. clever, ingenious, pintar, bijak; (of idea, answer, retort, etc) bijak: he’s a ~ boy, dia budak yg pintar; I don’t think he is ~ enough to handle the job, saya tdk fikir dia cukup pintar utk mengendalikan kerja itu; he tried to be too ~, and failed dismally, dia mencuba tunjuk bijak, dan gagal sama sekali; it was a ~ move on his part, itu satu tindakan yg bijak daripadanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. spruce and stylish, segak: he looks ~ in his uniform, dia kelihatan segak dgn pakaian seragamnya; ~ clothes, pakaian yg segak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata smart


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan aging society, smart society dan super smart society (istilah ini banyak digunakan dalam perbincangan Society 5.0) Terima kasih.1. Padanan perkataan "aging society, smart society dan super smart society" dalam bahasa Melayu ialah

"masyarakat berusia,"  "masyarakat pintar"  dan  "masyarakat unggul" 

Istilah06.09.2019
Salam. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pintar peperiksaan" ialah terjemahan langsung daripada "exam-smart". Terima kasih.Sila berikan contoh ayat penuh yang mengandungi frasa "pintar peperiksaan" dan frasa "exam-smart"supaya kami mendapat maklumat yang jelas. Dalam penelitian kami "Exam-Smart ialah nama khas program/aplikasi.Makna27.02.2019
ejaan perkataan dalam tulisan jawi : SmartTulisan Jawi untuk "smart" bergantung kepada sebutan yang tuan pilih.  Jika sebutannya tanpa bunyi "R" ejaannya سمت
tetapi jika sebutannya ada bunyi "R" ejaannya ialah سمرت
Ejaan19.10.2016
apakah terjemahan smart kasual di dalam bahasa melayu?Terjemahan yang sesuai bagi smart casual ialah Pakaian Kasual KemasMakna19.10.2016
Suruhanjaya Tenaga mempunyai tagline Be Energy Smart. Boleh bantu kemukakan tagline terjemahan dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi slogan iklan Be Energy Smart ialah Jadilah Pengguna Elektrik yang Bijak.Makna15.03.2019
Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasihPadanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out  ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut.Istilah29.03.2011
"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan
"Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar 
Makna30.03.2020
Apa padanan kata untuk "smart phone"? Telefon pintar atau telefon bijak?Telefon pintarIstilah16.05.2019
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelakTerjemahan yang sesuai bagi  "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria"Makna10.05.2017
Salam dan selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'Smart cooker'? Adakah 'periuk pintar'? Terima kasih.
 Terjemahan yang sesuai ialah periuk pintar.
Lain-lain07.10.2015
12

Kembali ke atas