Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi stanum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nageswary SN EnterpriseUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600.Lain-lain21.06.2017
Alep Maleq SN 11.34 PTG Boleh sy tahu. Ada tak buku berkaitan negeri sembilan dijual di galeri DBP di festival buku antarabangsa pwtc?Terima kasih Tuan. Sila datang ke reruai DBP di dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Ada potongan harga yang cukup istimewa.Lain-lain01.05.2017
Azilah Bte Poigi Nov 13th, 11:47pm assalam..saya azilah dari upsi sedang membuat kajian mengenai SN Muhammad Haji Salleh..macam mana saya boleh contact dengan beliau..bolehkan DBP bagi saya email beliau...terima kasihAlamat e-mel SN Muhammad Haji Salleh: mhs0042@yahoo.com Terima kasih.Lain-lain13.11.2014
MAKNA AYAT DAN SN YANG Apa beza maksud e.g. hal lain vs hal yang lain orang lain vs orang yang lain TKYang ialah kata hubung pancangan relatif, berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain seperti Budak yang sedang membaca itu adik saya. Frasa yang lazim diungkapkan ialah 'hal lain' atau 'hal-hal lain'. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa02.03.2012
Apakah syarahan Agung Sasterawan Negara,anjuran KALAM,JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka,15 Disember 2009,SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh?Saya ingin menjadikan sesetengah syarahannya untuk digunakan dalam kerja kursus saya.Untuk makluman Syarahan Agung Sasterawan Negara tersebut dianjurkan oleh KALAM dengan kerjasama DBP.  Yang ada maklumat tentang program ini ialah KALAM.  Saudara boleh menghubungi KALAM atau setiausahanya En. Taib Nordin di DBP Sarawak 082-227030.Sastera13.08.2014
assalamualaikum...saya ingin bertanya..jenis teori yang sesuai digunakan bagi novel "wajah seorang wanita" karya s.othman kelantan.Beberapa teori telah dikemukakan oleh para sarjana tempatan dalam mengkritik karya sastera. Antaranya termasuklah Teori SP4BL (Luhur, Lahir, Logik, dan Lateral) oleh Mohd. Affandi Hassan, Teori Kritikan Melayu oleh SN S.Othman Kelantan, Teori Puitika Sastera Melayu oleh SN Profesor Muhammad Haji Salleh, Teori Takmilah oleh Dr. Shafie Abu Bakar, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Profesor Hashim Awang, dan Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana.
Sementara itu, Dr. Awang Azman Awang Pawi melihat novel "Wajah Seorang Wanita" dari sudut teori psikoanalisis.
Sastera25.01.2014
Assalamualaikum. Apakah makna perkataan BANGGOL, Nama kampung tempat kelahiran saya ialh BANGGOL KUBUR, Kampung Repoh, Batu Kurau. Terdapat juga nama Kampung Banggol Sebelah di Batu Kurau. Dalam novel SN Shahnon Ahmad juga ada nama tempat banggol. Terima kasihDalam data kami, perkataan banggol hanya terakam sebagai nama tempat, tidak ada maksud atau maklumat lain berkenaan perkataan itu.Tatabahasa13.04.2015
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
Rina Kifley WED 8:16AM Salam, saya Rina. Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Saya mahu bertanya, bagaimana boleh saya dapatkan contact number, email dan alamat surat menyurat Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala? Diharap pihak tuan dapat membantu. Terima kasih.SN Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah boleh dihubungi melalui alamat: 321, Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 Kuala Lumpur.Lain-lain31.08.2016
123

Kembali ke atas