Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "snek"? - Carian kata yang saya tenui di Dewan Bahasa & Pustaka menunjukkan (snek) tetapi saya masih ragu-raggu. Minta tolong berikan kepastian. Terima kasih. | Ya, betul. Sebutan untuk snek ialah [snek] | Lain-lain | 22.03.2018 |
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai. | Tatabahasa | 18.06.2010 |
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'. | Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang. | Ejaan | 21.02.2008 |
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih. | Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan: i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2015 |
Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
Syarikat: Boohaci Infinity Sdn. Bhd Jenama: Teego Soalan: Adakah perkataan dan ayat yang digunakan sesuai untuk papan tanda syarikat? | Betulkan keterangan aktiviti perniagaan: PEMBUAT MAKANAN DAN MINUMAN / KILANG MAKANAN DAN MINUMAN (pilih yang sesuai) Betulkan teks: SUSU LEMBU SEGAR, SUSU KAMBING ASLI, SNEK DAN BISKUT | Lain-lain | 30.09.2023 |