Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu “apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas?” | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan. | Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul. | Tatabahasa | 16.12.2016 |
Selamat sejahtera tuan. Mudah-mudahan tuan berbahagia setiap hari. Pinta jasa baik dan kudrat bahasa tuan dalam penyelesaian soal saya ini. Soal yang saya muatkan dalam WordPad ini terlalu ketara ditemui dan jika salah, perlu dipinda belum membudaya sehingga rumus yang betul disalahkan, rumus yang salah dibetulkan. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 15.10.2016 |
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter" | Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...", 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" . | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Selamat petang, saya edward pelajar Master di UPSI. Sekiranya boleh, saya ingin mendapatkan khidmat penterjemahan daripada pihak DBP untuk membantu saya melakukan penterjemahan dalam soal selidik saya. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, soal selidik yang saya gunakan adalah dalam bahasa inggeris dari luar negara. Jadi, amat pentinglah bagi saya untuk meminta pihak tuan/puan melakukan penterjemahan untuk soal selidik yang saya lampirkan secara bersama. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 0194125732 atau di alamat emel edward_batin@yahoo.com. Kerjasama daripada pihak DBP amatlah saya hargai.Lampiran soal selidik saya lampirkan dalam file yang diattach. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu dan panjang teks/dokumen tidak melebihi tiga halaman. | Tatabahasa | 10.12.2015 |
Saya nak tanya. Bagaimana dengan cara eja perkataan Si. Contohnya: Soal Si Anak Ayam atau Soal si Anak Ayam. Ejaan "Si" tu huurf besar atau kecil. | Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad. | Ejaan | 09.01.2014 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan tanda baca di dalam sesuatu soalan.Contohnya tanda soal digunakan untuk soalan yang bermula dengan Bagaimana, Apakah, Siapakah dan lain-lain. tetapi bagaimana dengan penggunaan Nyatakan, Berikan Contoh, Huraikan.Adakah tanda soal juga boleh digunakan?Atau hanya penggunaan noktah sahaja boleh digunakan untuk soalan jenis ini? Sekian, terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana dan mengapa yang menggunakan tanda soal. Ayat yang menggunakan kata nyatakan, huraikan dan berikan contoh tidak perlu diakhiri dengan tanda soal. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan. | Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan. | Tatabahasa | 19.11.2016 |
(Minta maaf tuan. WordPad untuk soal yang bertajuk "Ayat Tidak Waras - Dihidupkan Benda Ayat Tidak Hidup!" saya utus sekali lagi kerana kesalahan pengangkaan ayat. Ini rupa kedua soal saya.) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan. | Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Sebelum tuan mengemukakan semula lampiran tersebut, mohon dipastikan tujuan penyemakan makalah. Kami bersedia menyemak bahagian makalah yang menimbulkan kekeliruan dari aspek bahasanya, tetapi tidak menyemak keseluruhan isi makalah termasuklah kandungannya. | Tatabahasa | 09.12.2016 |