Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tanya jawab (dlm surat khabar, majalah, dll); 2. perbahasan, perdebatan; 3. temu ramah, temu bual, wawancara; 4. temu duga; bersoal jawab bertanya jawab, berbahas, bertengkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
Salam sejahtera. Berdasarkan soal jawab Pelita Bahasa Aprl 2013, perkataan 'meng-e-melkan' betul dalam peraturan bahasa. Adakah 'di-e-melkan' & 'ter-e-mel' juga betul ? Terima kasih.

Perkataan meng-e-melkan, di-e-melkan, peng-e-melan dan ter-e-mel betul mengikut peraturan tatabahasa tetap lebih gramatis apabila menggunakan frasa, 'mengirimkan e-mel...',

Tatabahasa08.05.2013
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat !Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  Lain-lain16.10.2016
Salam sejahtera. Tema Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" Soalan : Berdasarkan kamus dan dapatan daripada ruangan soal jawab tuan, 'Pertiwi' dirujuk kepada akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. Ibu pertiwi = tanah air. Saya berpendapat " Guru,Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi" ialah ungkapan yang betul. Mohon pandangan tuan. Terima kasihPada pandangan kami, perkataan “Guru, Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi” lebih sesuai digunakan.Makna15.04.2019
Apakah yang dimaksudkan dengan wawancara? Apakah perbezaan antara wawancara dengan forum dan dialog?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat wawancara bermaksud soal jawab antara wartawan dsb.dengan orang yang terkemuka dll. untuk mendapatkan keterangan atau pandangan untuk disiarkan.  

Forum bermaksud perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam.

Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya.

Daripada keterangan di atas diharap saudara dapat melihat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Wawancara melibatkan dua orang, iaitu wartawan dan orang yang diwawancara. Forum dan dialog melibatkan sekumpulan orang atau panel.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat .  

Makna30.01.2008
Saya sedang mencari idea tentang kolum bahasa yang ingin saya wujudkan dalam portal bahagian kami. Apakah perkataan atau frasa yang sesuai digunakan selain soal jawab bahasa?

Antara sesi seumpama itu yang pernah dilaksanakan ialah bicara bahasa.

Tatabahasa07.04.2010
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk perkataan "networking session." Ini merupakan satu sesi di mana ahli sesebuah pertubuhan / golongan profesional dari profesyen yang sama menghadiri sesi tersebut yang biasanya meliputi ceramah, sesi soal jawab dan sesi beramah mesra di antara peserta. Sekian terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "networking session". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sesi perangkaian atau sesi jaringan.Istilah16.01.2015
Merujuk kepada emel yang diterima pada Julai 13, Khidmat nasihat DBP menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" tidak baku. Namun, saya mendapati bahawa dalam majalah "Pelita Bahasa" terbitan DBP pada Disember 2008 dalam ruangan Soal Jawab Bahasa, jawapan Pelita Bahasa menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" betul dan boleh digunakan. Turut dinyatakan dalam Pelita Bahasa, penggunaan "di kalangan" jauh lebih banyak berbanding dengan penggunaan "dalam kalangan" mengikut data korpus. Tambahan pula, saya mendapati dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak terdapat penggunaan "dalam kalangan" tetapi penggunaan "di kalangan" pula agak banyak. Justeru, bolehkah saya mendapat kepastian sama ada ungkapan " di kalangan" boleh digunakan atau tidak dan adakah ungkapan tersebut mematuhi peraturan tatabahasa

Saudara,

Dalam korpus yang merakamkan penggunaan bahasa oleh masyarakat awam terdapat lebih banyak penggunaan 'di kalangan' berbanding dengan 'dalam kalangan' kerana masih ramai pengguna bahasa yang belum terdedah atau biasa dengan penggunaan 'dalam kalangan'.  Kata sendi nama  'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Berdasarkan panduan ini maka frasa yang betul ialah 'dalam kalangan'.   Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.07.2009
Salam sejahtera. Sehubungan dengan frasa adjektif ‘...lemah dengan tiba-tiba’, yakni dalam ayat ‘Badannya lemah dengan tiba-tiba’, adakah kata ‘dengan’ merupakan kata hubung pancangan? Andai kata ‘dengan’ itu kata hubung pancangan keterangan cara, adakah ayat itu ayat majmuk pancangan. Pertanyaan ini saya ajukan kerana dalam soal jawab yang bertanggal 18 November 2018, saya difahamkan bahawa ‘dengan’ dalam frasa ‘berbelanja dengan cermat’ merupakan kata hubung. Sekian, terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan “ dengan” ialah kata sendi nama yang membawa maksud bersama-sama atau berserta.  Dalam ayat “Badannya lemah dengan tiba-tiba”, ayat ini ialah frasa adjektif dan “dengan” di sini membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif lemah. Tatabahasa21.11.2018
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM SkudaiSeperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti  sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana.Makna25.06.2009
12

Kembali ke atas