Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal">soal: siasat">siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah | Lain-lain | 25.03.2010 |