| Soalan tatabahasa: "Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator." Adakah ayat di atas ini betul? Ada apa-apa kesalahan? Bolehkah dua perkataan dengan imbuhan "kan" diguna sama sekali dalam satu ayat? | Ayat "Anda tidak dibenarkan menggunakan kalkulator." adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kalkulator." | Tatabahasa | 24.07.2025 |
| Soalan seperti di Lampiran. Terima kasih | 1. Cara penulisan yang betul ialah 28oC hingga 29oC dan 5% hingga 10% 2. Ya, cara penulisan ini terpakai untuk unit lain. 3. Penggunaan perkataan hingga boleh digantikan dengan tanda (-) pisah . [Rujukan Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 114] | Lain-lain | 10.04.2025 |
| Soalan pada 16 ogos dan 17 ogos masih belum dijawab. Mohon disegerakan | Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci. | Lain-lain | 05.09.2025 |
| Salam sejahtera, Apakah kata perintah yang tepat bagi soalan-soalan di bawah. 1.()patuhi arahan yang diberikan oleh guru.(Sila/Harap) 2.()semua murid dapat memberikan kerjasama.(Harap/Minta) 3.()jalankan aktiviti ini secara kumpulan.(Sila/Minta) | Penggunaan kata perintah yang betul ialah; 1. Sila patuh arahan yang diberikan oleh guru. 2. Harap semua murid dapat memberikan kerjasama. 3. Jalankan aktiviti ini secara kumpulan. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 448 - 452. | Tatabahasa | 21.04.2026 |
| Nak perniagaan anda disebut-disebut? | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
| Lain-lain | 11.06.2026 |
| Rebut peluang untuk tembusi pasaran global harini! | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
| Lain-lain | 11.06.2026 |
| Nak tambahkan pendapatan dan kembangkan perniagaan anda? | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. | Lain-lain | 11.06.2026 |
| Saya mohon untuk papan tanda dan pada logo ada slogan iaitu "Save Environment Without Compromise". Saya telah terjemahkan kepada "Memelihara Alam Sekitar Tanpa Kompromi" tapi pihak DBP meminta untuk tukar kepada ayat yang lebih baik. Jadi, boleh pihak tuan/puan mencadangkan ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkan slogan tersebut. Terima kasih atas bantuan dan pertimbangan. | Terjemahan yang sesuai dengan penggunaan papan tanda/iklan ialah Memelihara Kelestarian Alam Sekitar atau Sayangi Alam Sekitar. Perkataan kompromi tidak sesuai digunakan pada papan tanda/iklan kerana membawa maksud tindakan yang tegas, tiada tolak ansur dan tiada pengecualian. Ayat pada papan tanda/iklan bertujuan untuk memujuk atau memberikan kesedaran kepada pengguna. | Istilah | 10.06.2026 |
| Apakah terjemahan istilah "Erectile Dysfunction" kepada Bahasa Malaysia yang lebih tepat? Istilah "Mati Pucuk" menggambarkan keadaan dimana zakar tidak dapat ereksi langsung, tetapi "Erectile Dysfunction" merangkumi semua tahap masalah ereksi. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah erectile dysfunction ialah mati pucuk. Untuk makluman tuan, erectile dysfunction bersinonim dengan impotence yang membawa maksud mati pucuk. | Istilah | 04.06.2026 |
| Salam sejahtera. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. Sekian, teima kasih. | Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ialah ayat susunan biasa. | Tatabahasa | 03.06.2026 |