Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 5. fashionable, privileged class, golongan sosialit; (attrib) sosialit: ~ dinner, majlis makan malam sosialit; ~ lady, wanita sosialit; ~ page, halaman sosialit; ~ news, berita sosialit. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. companionship, presence, bersama-sama: she looked forward to spending the evening in the ~ of friends, dia tdk sabar menanti utk bersama-sama teman-temannya malam itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. club, association, persatuan: she has just become a member of the historical ~, dia baru saja menjadi ahli persatuan sejarah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. particular community with shared customs and laws, masyarakat: the Malay ~, masyarakat Melayu; a multi-racial ~, masyarakat berbilang bangsa; the working class ~, masyarakat pekerja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. people as a whole, masyarakat: drug traffickers are a danger to ~, pengedar-pengedar dadah adalah berbahaya kpd masyarakat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata society


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan aging society, smart society dan super smart society (istilah ini banyak digunakan dalam perbincangan Society 5.0) Terima kasih.1. Padanan perkataan "aging society, smart society dan super smart society" dalam bahasa Melayu ialah

"masyarakat berusia,"  "masyarakat pintar"  dan  "masyarakat unggul" 

Istilah06.09.2019
Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasihUntuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus.Istilah29.12.2014
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan dengan pelaksanaan 'low carbon society' di universiti saya. Soalan saya adalah, apakah terjemahan yang sebetulnya bagi frasa 'Low Carbon Society'? adakah ianya: 'Masyarakat Rendah Karbon'; 'Masyarakat Karbon Rendah' atau 'Masyarakat Berkarbon rendah'?Dalam data kami, belum terdapat padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan Low Carbon Society. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Persekitaran Berkarbon Rendah bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.01.2017
Miyuki Kimura adalah merupakan seorang anggota ''Japan Origami Academic Society''.... Soalan:Yang mana lebih sesuai digunakan di dalam ayat tersebut, adalah atau ialah?Miyuki ialah  anggota "Japan Origami Academic Society".Tatabahasa11.08.2010
Apakah istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi bagi perkataan Society 5.0, Internet of Things (IoT), blockchain, human centred dan technology basedBerikut merupakan padanan untuk istilah yang berkaitan dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

        - Society 5.0:  Masyarakat 5.0
        - Internet of Things: Internet benda
        - Blockchain: blok rantai
        - human centred: Pusat Kemanusiaan
        - technology based: berasaskan teknologi



Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
Ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." diterjemahkan sebagai "Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran di bawah Akta ini." Sama ada terjemahan teks bahasa Melayu tersebut adalah tepat dari segi tatabahasa dan sama ada penggunaan perkataan "memohon kepada" adalah betul?

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." ialah





Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran mengikut Akta ini.

Makna14.07.2021
apakah terjemahan untuk fission-fusion societySalam sejahtera,

Tuan,

Sila beri maklumat umum berkenaan persatuan ini untuk diberi padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.09.2017
Apakah terjemahan bagi 'war effort'? Usaha perang? Ikhtiar perang? War effort is coordinated mobilization of society's resources—both industrial and human—towards the support of a military force. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud penyelarasan pergerakan atau mobilisasi sumber-sumber masyarakat - baik industri dan manusia - ke arah sokongan terhadap pasukan tentera.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "war effort" ialah usaha perang.Makna11.02.2021
Assalamuaikum tuan, Saya Muhammad Zarul Azam pelajar UiTM Seremban 3 dan saya dari persatuan Corporate Administration Student Society. Persatuan saya ada buat program membantu kanak-kanak rohingya di Selayang dan aktiviti yang diadakan termasuk memberi sumbangan buku teks sekolah kepada kanak-kanak rohingya. Jadi, saya di sini ingin meminta jasa baik dari pihak tuan untuk membantu persatuan saya dalam memberi sumbangan buku teks kepada kanak-kanak rohingya. Di sini saya sertakan proposal program. Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini, Terima Kasih.Wassalam. Kami sangat menghargai pergorbanan tuan dalam membantu kanak-kanak Rohingya. Untuk maklumat lanjut 
tentang perkara ini, tuan  boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Tuan Haji Razali Che Mat melalui talian 03-21479155 atau Encik Azimin Daud 03- 21479485 untuk sebarang pertanyaan.
Lain-lain08.06.2017
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam  penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2019
123

Kembali ke atas