Adakah perkataan "bersama" itu kata kerja transitif/kata kerja tak transitif/kata adjektif? Yang manakah lebih gramatis? (1) Saya bersama Sofia (2) Saya bersama dengan Sofia. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan Sofia" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama Sofia". | Tatabahasa | 26.01.2018 |
Ayat tersebut betul atau salah... 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. | 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. Ayat 1 dan 3 betul, manakala ayat 2 kurang tepat. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur. | Berikut ayat yang betul: 1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun. (7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.
| Tatabahasa | 14.07.2014 |