Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soft


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih.Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan.Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah.

Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata.

http://ekamus.dbp.gov.my/
http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Makna25.03.2021
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
soft industryindustri ringanIstilah15.08.2014
soft copy dalam bahasa melayu

Khidmat nasihat bahasa menyediakan khidmat penyemakan tetapi terhad kepada 100 patah perkataan. Khidmat yang melebihi jumlah perkataan tersebut boleh dibuat oleh pegawai DBP tetapi di luar waktu pejabat.

Penyemakan dan penterjemahan09.11.2014
soft skillkemahiran insaniIstilah04.07.2011
SOFT COPYSALINAN LEMBUTIstilah10.03.2011
SOFT LAUNCHPELANCARAN LUNAKIstilah01.11.2010
soft skills hard skills core skillskemahiran ilmiahLain-lain21.05.2007
Apakah yang lazim digunakan bagi istilah 'soft copy'? Apakah perbezaan SALINAN SOFT COPY dengan SALINAN DIGITAL?

Puan,

"Soft copy" dan salinan digital ialah perkara yang sama, iaitu salinan dalam bentuk digital,iaitu dalam disket dsb..   "hard copy" pula ialah salinan cetak. 

Istilah09.11.2010
1234567

Kembali ke atas