Ada tak software terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia,bertujuan memudahkan pemahaman dalam bahasa inggeris.Jk ada,berapa kos di pasaran masakini. | Setakat pengetahuan kami, sehingga kini masih belum ada lagi perisian seumpamanya. | Lain-lain | 15.05.2009 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih. | Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.05.2019 |
Mohon definasi "Software Defined Network". Bolehkah digunakan perkataan "Rangkaian yang Ditakrifkan Perisian". Mohon maklumbalas. Terima kasih. | Kami mencadangkan Software Defined Network diterjemahkan sebagai "Rangkaian Perisian Tertakrif". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.03.2022 |
Dear Sir/Madam, I am trying to figure out a way to add support for Bahasa Melayu in the software Old T9 Keyboard (https://github.com/sspanak/tt9/tree/master). This software allows to type on a modern smartphone as if it was an old Nokia phone. Yes, many people are still used to that old way of typing. You may has heard of TouchPal, which used to do this exact same thing long time ago. In order to add support to the Old T9 Keyboard software, I need a list of Malay words along with their frequencies. It does not have to be a huge list because most people do not use the full list of words on their phone. Most people use at most 5 to 10 thousand different words in their everyday digital communications. There is such support for Bahasa Indonesia in Old T9 Keyboard, https://github.com/sspanak/tt9/pull/248/commits/e038a21641d1f2ebb1409909d3f2a4ae28d0200a They have used a list from public sources which many not be ideal but it gets the job done. Do you think you can help with adding support for Bahasa Melayu to Old T9 Keyboard? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.01.2025 |
Asm Saya mohon istilah "software-defined networking" dalam bahasa Malaysia. Carian di web istilah tiada perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi istilah software-defined networking. Pihak kami akan memanjangkan pertanyaan tuan kepada bahagian yang menguruskan pembentukan istilah dan akan menjawab pertanyaan tuan melalui e-mel.
| Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2018 |
Saya ada soalan mengenai 'Turn on software'. Adakah releven kalau 'aktifkan' digunakan dalam ayat daripada 'hidupkan'. Apa yang saya faham 'aktifkan' bermaksud 'activate' dan jika 'turn on' atau 'enable' bermaksud 'hidupkan'. Mohon pencerahan dari segi penggunaan ayat dan maksud dalam sesuatu ayat. Terima Kasih. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Turn on software dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Turn on software supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 28.09.2017 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang padanan bahasa Melayu untuk 'software consulting service'? Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa tersebut? Perkhidmatan perundingan perisian, perkhidmatan pertanyaan perisian atau khidmat nasihat perisian? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: software consulting service - perkhidmatan perunding perisian Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.06.2021 |
Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasih | Salam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.01.2021 |
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting. | Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. | Ejaan | 25.10.2011 |
Ada tak perisian lembut 'software' untuk muatturun kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4 melaui laman web yang percuma. | Saudara, Untuk makluman saudara, DBP belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara percuma. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berfungsi sebagai enjin carian untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 08.02.2011 |